Connect with us

Keluarga

Kajian Universiti: Ibu Kuat Membebel Punca Anak Lebih Berjaya!

Kuat membebel adalah satu sikap yang selalu dikaitkan dengan wanita terutama kaum ibu. Memang sudah diakui ibu di seluruh dunia tidak kira apa bangsa sekalipun mempunyai sikap suka membebel.

Ibu-ibu ini akan berleter bukan sahaja kepada anak-anak tetapi juga akan terkena tempias kepada suami!

Bagi yang sudah biasa mendengar leteran kaum ibu ini mereka akan lali seperti mendengar machine gun dan hanya mampu pasrah sahaja.

Jangan ambil hati sekiranya ibu atau isteri anda sebegitu, ini kerana ibu anda inginkan yang terbaik dari anda dan ingin pastikan hidup anda akan lebih baik dari sebelum.

Tiada ibu yang tiba-tiba berleter tanpa sebab bila melihat anak atau suami. Pasti ada sesuatu yang tidak kena di matanya pada ketika itu.

Walaupun anak-anak akan rimas dengan sikap ini, tapi percayalah mereka akan berterima kasih kepada ibu kemudian nanti kerana teguran dan leteran itu yang membuatkan mereka lebih prihatin dengan persekitaran dan sentiasa berwaspada.

Ada Kelebihan Kuat Membebel Rupanya!

Antara kelebihan berleter yang kita perlu tahu adalah ia dapat mengurangkan tahap ‘naik darah’ ibu-ibu.

Dan ini amat bagus kepada penghidap darah tinggi secara psikologi kerana dengan selalu berleter mereka dapat melepaskan perasaan marah atau geram tanpa disimpan di dalam hati yang boleh menyebabkan pelbagai perkara negatif lain timbul dan berkemungkinan penyakit lain yang datang.

Sekaligus dapat mengurangkan tekanan atau stress yang dialami. Cuma, biasalah kadang-kadang kita tak larat mendengarnya.

Ibu akan berleter mesti bersebab seperti anak bergaduh, rumah bersepah, anak kerap buat kesalahan sama, tidak ikut cakap mereka , malas belajar dan macam-macam lagi perkara yang berlaku.

Jika difikirkan kembali ada betulnya leteran ibu itu kerana hanya satu niat asalnya untuk pastikan anak-anak menjadi insan yang berguna kelak.

Jadi sebagai anak apa yang perlu dibuat? Ubah sedikit demi sedikit sikap kita. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan dan seterusnya leteran ibu pasti akan berkurang dengan perubahan yang anak-anak lakukan.

Anak-anak juga akan lebih bahagia jika tidak lagi mendengar leteran ibu, bukan?

Kajian Yang Dilakukan

Di dalam satu kajian yang telah dibuat oleh sepasukan penganalisis di Universiti of Essex di England, kebarangkalian untuk anak yang dibebel ini jauh lebih besar untuk berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.

Sejak tahun 2004 hingga 2010 penyelidik telah mengikuti kehidupan 15,500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun.

Dari penelitian itu mereka mendapati anak dengan ibu yang suka mendesak selalunya meletakkan standard tinggi kepada anak dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memiliki gaji besar.

Satu lagi kebaikan dan bonus menjadi ibu suka mendesak dan berleter ini adalah anak kurang terjebak dengan masalah sosial yang sering dihadapi oleh remaja liar.

Kenapa remaja menjadi liar dan sering mengalami masalah sosial? Punca utama adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa dan juga keluarga.

Maka selepas ini bolehlah mak-mak jadikan ini sebagai alasan kuat untuk terus membebel.

Perhatian dan Komunikasi Berkesan

Selain berleter dan mendesak, sebagai ibu dan juga bapa seharusnya perlu memberi ruang dan peluang untuk bersemuka dengan anak-anak supaya ada komunikasi dua hala.

Ini adalah cara yang terbaik untuk ibu bapa mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan apa yang mereka alami ketika itu.

Anak-anak akan rasa lebih selamat dan tenang apabila ibu bapa dapat membantu serta memahami situasi yang mereka alami.

Di samping itu juga dengan komunikasi yang berkesan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan kemesraan yang berpanjangan dan itulah matlamat sebuah keluarga yang bahagia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.