Apabila berkunjung ke bazar Ramadhan, pasti kita tercari-cari air yang menarik untuk dijadikan minuman untuk berbuka puasa nanti.
Oleh itu, ramai peniaga yang menggunakan taktik mereka yang tersendiri dalam mempromosikan gerai mereka kepada orang ramai.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana sebuah gerai air ini yang menggunakan taktik yang dianggap ‘tidak sihat’ dalam mempromosikan air balangnya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @surishaha89 di laman TikTok itu, dapat dilihat gerainya bukan sahaja menjual beraneka jenis air, malah turut menuangkan beberapa tin susu cair ke dalam balang tersebut.
Walaupun dengan caranya itu dia dapat membuktikan bahawa air balangnya itu sememangnya pekat, namun ia membuatkan warga netizen berasa risau dengan penggunaan gula yang sangat tinggi dalam air yang dijual itu.
Apa yang membuatkan orang ramai lebih bimbang adalah apabila peniaga itu meletakkan 9 tin susu untuk setiap satu balang airnya.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang meluahkan pendapat mengenai aspek kebersihan kerana tin susu yang diletakkan begitu sahaja ke dalam balang bersama ais dan air.
Ada juga yang berseloroh mengenai kejadian ‘terlebih gula’ itu di ruangan komen.
Akan tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa tin sebanyak itu wajar diletakkan satu balang agar rasanya tidak tawar setelah aisnya makin mencair.
Antara komen netizen:
“sebelum mnum baik cek dulu kencing manis masing2 😂 bulan pose ni kite lupa dh air kosong 😂”
“potong kaki mcm..kito puasa nk kurus..asyik minum air manis2 boleh gemok balik..xpe masuk hospital mase raya..kencing manis tingi.”
“x kotor ke tin tu kena ais dgn air mcm tu?”
“tong besaq x pa tin byk..satu tin mna ckup..Klau ais cair nt air tu tawar..org yg pernah bancuh air je nak bagi air tu rsa ckup semua..😁”
Video TikTok yang tular: