Siapa yang tak kenal dengan selebriti tersohor Shila Amzah, penyanyi yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Kini Shila sedang sarat mengandung dan menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.
Di dalam satu posting di laman Instagram miliknya, Shila atau nama penuhnya NurShahila Amir Amzah telah memuat nai sekeping gambar setelah selesai menjadi ‘bridesmaid’ untuk salah seorang sahabat baiknya.
Perutnya yang sudah sarat dengan kandungannya yang mencecah hampir sembilan bulan, Shila berkongsi keadaan kakinya yang sedang membengkak.
Shila terpaksa memakai kasut tinggi dalam majlis perkahwinan tersebut dan kesannya ternyata nampak pada bahagian pergelangan kakinya.
Pelantun lagu popular Patah Seribu itu juga sempat memberitahu si mana bayi kandungannya dalam keadaan sihat setelah melakukan pemeriksaan doktor.
“When you’re 8 and half months pregnant, tapi still nak pakai kasut tinggi, tu yang bengkak tu nasib baik haris urut malam tadi.. Terus okay hehe
“Semua orang baju terikat cantik.. But mine ada baki kain pario tu sikit je sebab my perut dah besau nau nau
“Went to see the doctor yesterday, Alhamdulillah baby sihat and semangat Maybe tak dapat tunggu betul2 due date sebab takut baby besar yang akan menyebabkan…
“Dan Semalam juga finally timbang berat dah naik 10kg!! Hopefully boleh maintain berat gini2 je la sampai betul2 beranak nanti..
“Korang naik berapa kg time pregnant? Sha seram ni”
“Orang lain kahwin, kitorg yang muka penat. Skrg ni kaki sha dah bengkak, selepas menggalas tanggungjawab sebagai bridesmaid, the sacrifice I made for @elle1311
Haris pula kena urut kaki sayaaaa @hariselias baby pleaseeee hehehe
Thank you @jijiezainal make up mak yung”
Rata-rata netizen dan para peminat Shila Amzah meninggalkan komen pesanan agar Shila sentiasa menjaga diri dan mendoakan kesihatan Shila dan kandungan.