Connect with us

Viral

“Kalau aku dah ngamuk” Sabar Layan Karenah Anak, Sikap Dr Sheikh Muszaphar Raih Pujian Netizen

Siapa tidak kenal dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang turut merupakan seorang Angkasawan Negara bahkan figura itu juga sering berkongsi mengenai keluarga besarnya di sosial media.
Iospital phone repair gombak
Dalam fasa membesar, anak-anak akan menjadi semakin lasak dan aktif dalam meneroka kehidupan bahkan memerlukan perhatian lebih daripada ibu bapa begitu juga dengan keenam-enam anak beliau.

Seperti yang tular baru-baru ini dimana suasana Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyuap anaknyamencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok, Angkasawan Negara ini dilihat senang duduk di lantai sambil di tangannya ada pinggan.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat dua orang anaknya yang masih kecil tidak duduk diam dan memanjat bapa mereka dari belakang dan tepi


Lebih membuatkan ramai kagum, bapanya kekal tenang dan sabar melayan karenah anaknya walaupun keadaan pada ketika itu agak kecoh.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji kesabaran yang ada pada figura tersebut sekaligus akui mereka juga tidak mampu berbuat demikian.

“Kenangan nielah mahal 1 hari nanti. Saya banyak terlepas kenangan macam ni sebab bila anak2 macam ni saya marah dulu. Sekarang anak dah besar”

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan situasi seperti itulah yang akan menjadi kenangan manis buat ibu bapa dan juga anak-anak sehingga ke akhir usia.

Antara komen warga maya:

“Doc ada jual ubat sabar tak”

“Kalau saya tu dah mengaum sampai luar angkasa pun dengar”


“Anak aku terjerit2 pun aku dan menjerit sekali”

“Beliau dah terbiasa dengan kesukaran makan kat luar angkasa.. so, setakat anak yang playful macam ni takde hal lah”

“Kesabaran tahap infiniti”

“Kembar kami dulu macam ni gak.. tapi sabar jelah, manis waktu2 ni.. moment ni tak akan dapat diulang..”

“Time macam ni la paling best.. nanti bila depa dah besar sikit tak ada dah nak panjat2 atas mak ayah.. terkenang anak2 masa kecik”

“The struggle is real.. ni la memori paling best untuk dikenang bila anak2 dah besar nanti”


Video yang tular di laman TikTok:

@drsheikhmuszaphar #twins ♬ You Are The Reason – Calum Scott

Continue Reading
Advertisement