Connect with us

Semasa

“Kalau anak saya, jangan bawa berarak seperti itu,” Haniff Hamzah Komen Video Tular

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang kanak-kanak yang telah ditempatkan ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bagi menjalani tempoh kuarantin selepas didapati positif Covid-19.

Menerusi laporan Harian Metro, adik yang dikanali sebagai Mohamad Nor Atho’ullah, 11 ini telah menjalani tempoh kuarantin bersama abangnya, Nur Kamilatul Alifah Mohamad Kamal, 26.

Jelas Kamilatul, dia dan adiknya baru sahaja kehilangan bapa mereka pada malam semalam akibat serangan kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap empat.

“Kematian ayah tidak mengejutkan kerana doktor ada memaklumkan keadaan jantungnya yang berhenti seketika selepas melakukan rawatan dialisis malah beberapa hari sebelum meningggal dunia, dia (ayah) diberi ubat tidur tetapi ia tidak dapat menyelamatkannya,” katanya seperti yang dipetik.

Atas rasa simpati, para pesakit yang turut sama menjalani proses kuarantin di pusat tersebut sepakat melakukan pungutan derma buat Kamilatul dan juga Atho’ullah.

“Adik ni baru kehilangan bapanya disebabkan virus Covid 19. Sementara ibunya berada di icu, adik ni dikuarantinkan bersama abangnya di Maeps Serdang.

“Nampak kekuatan di wajah adik ni. Terima kasih untuk semua yang memberikan adik ni semangat disana. Semoga adik ni diberikan kekuatan… Al-Fatihah”

 

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak tersebut dilihat telah dibawa mengelilingi pusat kuarantin tersebut sambil membawa beg buat mereka yang ingin memberikan sumbangan.

Lalu, ramai yang memberikan reaksi terhadap video yang diperkatakan itu, termasuk penyampai radio, Haniff Hamzah.

“Aku tak setuju dengan perkongsian video kanak-kanak yang kehilangan ayahnya dikongsi begitu.

“Something happens to me don’t u parade my child around like that.

“Anak-anak harus dilindungi. Tak perlu memaksa dia untuk kuat. He should be able to feel sad and not pressured by suroundings.

“Jadi Aku harap kau faham kenapa aku tak setuju,” kongsinya di laman Twitter.

Melihat di ruangan komen, ada warganet yang memberikan reaksi terhadap pandangan yang dikongsikan oleh penyampai radio Era itu.

“Salam. Clearly bro2 dekat situ nk tolong adik tu. Ikhlas ke tak tu keja tuhan. Bersangka baik tu kan lebih baik. Lagipun video tu untuk kita tahu adik tu dlm kesusahan supaya kita boleh tolong dia. X leh bgi donation dia yg baik2 jelah ye bro.”

Terdahulu, difahamkan Kamilatul bersama adik beradiknya telah pun discaj daripada pusat kuarantin tersebut bermula hari ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.