Selepas beberapa hari fenomena banjir melanda beberapa kawasan di semenanjung Malaysia, kini bantuan untuk mangsa banjir giat dijalankan bagi meringankan lagi beban mereka.
Pelbagai jenis bantuan diberikan dari pelbagai sudut. Ada yang memberikan makanan,pakaian dan ada juga yang membantu merbersihkan rumah dan kawasan yang terjejas oleh kerana bencana banjir.
Bagaimana pun, dalam pada membantu mangsa banjir, ada juga yang seolah-olah mengambil kesempatan terhadap mereka.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Taufiq Hidayah, memaparkan timbunan baju yang berada di dalam sebuah dewan, dipercayai hasil sumbangan daripada orang ramai.
“Kalau bagi baju dah buruk, baik buang terus. Jangan kasi mangsa urus sampah anda.”
Bagaimana pun, baju yang diberikan oleh mereka dikatakan sudah sangat buruk dan tidak sesuai disumbangkan kepada mangsa banjir.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersebut telah meraih 762.2K tontonan, 46.4K tanda suka, 2812 komen dan 946 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen membeikan pendapat masing-masing dan ada yang turut menyatakan bahawa kejadian seperti ini sepatutnya tidak harus terjadi.
Berikut merupakan komen-komen warga maya:
“nak disumbang kena la elok.. bukan kotor koyak apa semua”
“seeloknya bagi lah yang elok dan masih boleh dipakai”
“beri lah yg paling kite sayang tapi kalau tak mampu berilah yang elok dan dalam keadaan baik”
Untuk rekod, baru-baru ini negara kita mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.
Banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.
Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang, rumah yang ‘lesap’ dibawa arus deras, dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.
Sama-sama kita doakan semoga roh yang ‘tewas’ akibat banjir dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.