Connect with us

Viral

“Isteri dah sapu air mata, dia doa sungguh2” Berkat Sedekah dan Doa Anak Yatim, Allah Sembuhkan Sakit Serta-merta

Satu perkongsian mengenai hikmah bersedekah dan doa anak yatim telah menjadi tular di laman media sosial Facebook.

Penulisan dari Syed Muhammad Syahadi  itu telah menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

________

Baru-baru ni saya diuji dengan sakit perut. Sakit yang menyebabkan saya terpaksa berulang alik ke toilet sebanyak 5 kali sehari.

Memang seksa. Sehinggakan takda apa yang tersisa pada saya melainkan sedikit daripada baki-baki tenaga.

Saya terbaring. Anak-anak yang belum mengerti yang didinya tengah sakit, hanya riang bermain. Isteri pula sedang sibuk mengemas barang, sebab dah janji dengan mak nak balik kampung hari itu. Tinggallah saya sendiri menanggung derita diuji.

Dalam tak larat, saya mengangkat tangan

“Ya Allah, tolonglah sembuhkan saya.”

Saya bukan tak makan ubat, makan. 2 kotak pil chi kit teck aun saya telan. Tapi tak jadi apa. Klinik kesihatan pun saya dah pergi. Ubat dia pun tak memberi kesan. Betullah Nabi cakap, yang menyembuhkan tu Allah bukannya ubat.

Tiba-tiba, selepas je saya berdoa, Allah Taala mengirimkan saya seseorang

“Assalamualaikum.. Assalamualaikum..”

Saya terkejut. Isteri pun terkejut. Anak-anak berhenti bermain. Semua kami pergi ke bidai dan mengintai siapa yang bagi salam tu.

“Abang.. tolong pergi tengok jap. Siapa yang datang tu”

Dalam tak larat, sambil berbaju t-shirt dan berkain pelikat, saya keluar. Bukan takut bini tapi ingin meneliti siapa yang datang.

“Ya. Nak apa?”

“Kami nak minta bantuan Acik”

“Bantuan? Dari mana ni?”

“Kami dari Taman seberang sana. Datang sini naik bas. Bas berhenti depan sana. Saya dan adik datang jalan kaki”

Panjang dia jawab. Rupa-rupanya dia orang Myanmar. Datang jalan kaki ke taman saya untuk meminta bantuan. Jauh jugak. Dalam bawah terik matahari, dia gagahkan diri. Semata-mata ingin meminta bantuan.

Saya curiga. Macam-macam saya tanya. Ye lah. Zaman sekarang. Dengan sindiket yang mempunyai pelbagai modus operandi, mereka yang betul-betul susah ni selalu jadi mangsa. Mengambil jalan berhati-hati, saya mesti tanya.

Saya minta ic dia. Dia kata dia tiada ic. Saya minta passport. Dia kata passport pun dia tak ada. Habistu apa yang ada saya tanya? Dia kata dia ada kad UNHCR. Saya ambil dan tengok. Ooo nama dia Mumtaz.

Mumtaz ni amat cerdik budaknya. Dia petah berkata-kata. Hinggakan jika dia tak tunjuk kad UNHCR tu, saya akan katakan dia ni orang Malaysia. Ye lah. Sebab petah sangat. Dia boleh bercakap 3 bahasa. Melayu, Myanmar dan Hisdustan.

Tapi tak. Setiap kali saya ingatkan dia ni orang Malaysia, saya akan tengok balik kad dia dan mengingatkan diri bahawa dia ni orang Myanmar. Tapi dia memang cerdik.

Saya tanya lagi “Mak mana?”

Dia jawab mak dah meninggal. Di Hospital Kajang 2 tahun lepas. Makcik yang tuntut jenazah mak. Banyak kena bayar. Makcik tak kahwin.

“Ayah pulak mana?”

“Ayah dah balik Myanmar. 4 tahun lepas. Tapi sampai sekarang tak balik-balik semula ke sini. Kawan-kawan cakap ayah dah kena bunnuh kat sana”

Saya tersentak.

Rupa-rupanya mereka ni anak yatim. Tinggal dengan makcik. Tapi makcik sekarang pun sakit juga. Kena kencing manis dan dah dipotong tangannya.

Juga menderita sakit buah pinggang. Mumtaz ni anak sulung. Jadi dialah yang bertanggungjawab menjaga makcik dan adik-adik dia seramai 5 orang lagi kat bawah dia. Hebat anak ini.

Last sekali, saya nak test dia lagi, sama ada dia betul-betul susah, nak minta bantuan, ataupun daripada sindiket yang menipu, nak ‘peras’ duit orang.

“Baiklah. Kalau saya nak bagi bantuan beras, awak terima tak?”

“Saya terima acik. Apa-apa bantuan pun saya terima”

“Tapi, kalau beras, awak nak letak kat mana?”

“Kat sini”. Dia suruh adik dia buka beg sandang dan tunjukkan pada saya nak letak kat situ.

Saya cakap lagi tapi saya nak bagi beras 15 kilo, banyak tu, macam mana?

Dia cakap kalau 15 kilo saya tak mampu nak bawa Acik. Saya tak larat nak pikul. Saya puasa.

Allah..

Bila dia cakap macam tu, saya terus masuk dalam.

Biasanya, kalau orang yang menipu, dia takkan nak kalau kita bagi makanan. Yang dia nak hanyalah wang, sebab dia pakai nak beli benda-benda yang dia suka. Tapi Mumtaz ni tak. Dia terima je dan dia jujur jawab bila dia tak larat.

Saya ceritakan semua tu pada isteri dan ajak dia keluar. Setelah berbincang, saya memberikan sedikit sumbangan.

Dan apa yang betul-betul menyentuh hati saya ialah bila saya bagi je duit kat dia, dia tak lari. Sebaliknya dia angkat tangan dan berdoa ke langit

“Ya Allah, Kau sejahterakanlah Acik ini dan akak ini”

“Kau rahmatilah hidup mereka sekeluarga”

“Dan Kau kurniakanlah mereka Syurga di akhirat sana”

Nak nangis saya. Saya tengok isteri dia dah sapu air mata. Tak tahan. Betul. Dia doa sungguh-sungguh. Kalau orang nak tipu dia takkan buat semua tu. Bila dapat duit dia akan lari. Tapi tak dengan ini.

Bila habis doa, dia salam isteri. Dia bagi salam dan berlalu pergi.

Saya hantar dia dengan lirik mata berair. Sungguh hebat anak ini. Seorang anak yatim. Seorang kakak sulung.

Seorang insan yang mempunyai hati kental yang tak kenal erti mengalah. Dia mengajar saya sesuatu yang tak dapat dibeli pada hari itu.

Tapi kan, bila seorang anak yatim mendoakan kita, seorang fakir miskin, hidup susah tanpa mak dan ayah, berpuasa dan pada bulan Ramadhan, Allah Taala dengar doa dia dan Allah telah menyembuhkan sakit perut saya serta merta. Allahuakbar.

Hebatnya Mumtaz. Hebatnya doa anak yatim. Hebatnya Ramadhan. Hebatnya Allah Taala.

* Nabi SAW terlalu kasihkan anak yatim. Bila berjumpa mereka, Baginda akan mengusap kepala mereka dan bermain dengan mereka. Ini kerana Baginda tahu bagaimana perasaan menjadi yatim kerana Baginda pernah yatim suatu ketika dahulu.

* Jika jumpa golongan sebegini, pohonlah pada dia untuk berdoa pada kita. Doa dia Allah Taala dengar. Doa dia tiada hijab antaranya dengan Allah.

* Bulan Ramadhan bulan berkat. Apa sahaja yang kita pinta pasti Allah akan kabulkan. Lambat atau cepat je. Yang penting, sentiasalah bersangka baik padaNya dan jangan sesekali berputus asa.

* Sakit itu adalah ujian. Bila diuji tanda Dia kasih pada kita. Rindu nak dengar suara kita memanggil namaNya. Rindu Dia nak tengok air mata kita menitis bermunajat padaNya.

* Allah Taala nak tolong kita dalam pelbagai cara. Kalau kita buat jahat, tak terima Qadha dan Qadar Dia, maka itu salah kita. Allah bantu saya melalui Mumtaz. Allah jadikan dia sebagai alat untuk dia doakan pada saya dan untuk Allah perkenankan doa dia untuk menyembuhkan sakit perut saya, sakit yang saya doa sebentar tadi agar disembuhkan olehNya.

Karyawan bisu

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.