Connect with us

Viral

“Kalau bukan saya, dia takkan kahwin sampai bila2” Gadis Sudi Terima Ex-BF Kerana Kesetiaannya

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hamba-Nya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan ini yang mana percintaan pernah putus di tengah jalan tetapi akhirnya ke jenjang pelamin mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, difahamkan, , Nurul Maizatul Nisha Noor Azman dan Muhammad Shamsul Fahmy Rosdi berkenalan sejak tingkatan tiga menerusi aplikasi sembang WeChat pada 2016.

“Selepas itu kami tak contact. Kami contact semula pada 2018 dan couple tapi hubungan kami tak panjang bila putus awal 2019.”

“Kami kemudian tak berhubung sehingga pertengahan 2020, sampai dia dapat tahu saya dah bertunang dengan orang lain. Kasihan, dia kecewa,” katanya yang berusia 21 tahun

Lebih mesra disapa Nisha, katanya, ikatan pertunangannya bagaimanapun tidak berpanjangan apabila putus pada akhir 2020.

“Dia (bekas kekasih) kemudian hubungi saya semula selepas saya putus tunang. Dia terus serius cakap nak halalkan saya.”

“Pada mulanya saya tak yakin sebab masih trauma putus tunang sebab bekas tunang dulu seorang yang panas baran,” ujarnya yang berasal dari Muar, Johor.

Menganggap kisah putus cinta sebagai ‘sejarah’, namun kerani itu mengakui suaminya seorang lelaki yang pendiam, penyabar dan setia.

“Dalam masa saya kenal dengan lelaki lain, dia tetap setia tunggu saya. Suami seorang yang tenang dan susah nak ada pasangan lain, tapi saya je yang tak nampak pengorbanan dia.”

“Kami bertunang awal bulan Disember 2021 dan awal tahun ini kami bernikah,” katanya sambil menambah suaminya merupakan seorang pemandu lori.”

“Macam tak percaya dia adalah jodoh saya sebab tak berapa yakin dengan dia dulu. Sebab dia pernah kata kalau tak kahwin dengan saya, dia tak akan kahwin sampai bila-bila.”

“Apatah lagi sepanjang perkenalan, kami dah banyak kali lost contact dan putus cinta. Tapi syukur Alhamdulillah, kami disatukan sebagai suami isteri,” katanya.

Vide yang tular di laman TikTok:

@nishachaa #ditaja #fyp #explore #fypシ #xyzbca #kahwinmuda #ex2018 ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.