Connect with us

Viral

Ikut Trend Di TikTok, Content Guru Ini Dianggap ‘Kotor’ Oleh Netizen

Tugas seorang guru bukan lah satu perkara yang mudah, selain memberi ilmu dan mengajar anak didiknya tentang perkara bermanfaat, guru juga perlu menunjukkan contoh yang terpuji aar lebih mudah untuk anak murid contohi.

Ramai diantara guru menggunakan media sosial sebagai medium untuk menyalurkan ilmu dengan membuat kelas secara online ataupun memberi tugasan secara atas talian sahaja.

Namun, baru-baru ini terdapat seorang guru yang seolah-olah menyalah gunakan media sosial dengan membuat ‘content’ yang dianggap tidak bersesuaian mencuri perhatian ramai.

Seperti yang kita tahu, laman TikTok kini dipenuhi dengan satu trend dimana seseorang menunjukkan bahagian badan yang boleh dijadikan ‘bantal’.

Trend tersebut banyak dilakukan oleh pengguna TikTok luar negara kerana ia mempunyai maksud yang berbaur lucah dan tidak sesuai dengan budaya Malaysia.

Namun apa yang menyedihkan adalah trend tersebut turut dilakukan oleh seorang wanita yang status ‘teacher’ dan ia mengundang kebimbangan ramai pihak.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok @meowmengada, dapat kita lihat dia yang lengkap berbaju kurung beserta nametag di tudung memuat naik video tersebt dengan kapsyen kapsyen “lepas berbuka takpe”.

Video yang tular di laman TikTok:

@meowmengada lepas berbuka takpe #fypシ ♬ fine ppl under this sound ouranboobs – nisa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak faham apa motif sebenar seorang guru melakukan trend tersebut seolah-olah tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara dan warganet juga menyifatkan trend tersebut sepatutnya tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pendidik.

“Kalau cikgu lelaki, auto masuk balai!”

Tidak cukup dengan itu, para netizen yang terdiri daripada kalangan ibu bapa juga akui semakin risau untuk menghantar anak ke sekolah jika adanya guru yang berkelakuan seperti itu.

Dalam masa yang sama, netizen juga merasakan bahwa jika video tersebut dilakukan oleh guru lelaki pastinya ia akan dikenakan tindakan dan menjadi kes polis.

Antara komen warga maya:

Bagaimanapun, Kini ruanagan komen bagi video terssebut telahpun dinyahaktifkan dek kerana kecaman yang bertalu-talu daripada warga netizen.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.