Connect with us

Hiburan

“Kalau hati busuk, zikir & istighfar” – Damian Tuju Kepada Netizen Taksub, Nafi Perli Khairul Aming

Sejak minggu lepas tular isu satu sambal yang didakwa diciplak dari Sambal Nyet milik pempengaruh terkemuka Khairul Aming.

Isu tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga Khairul Aming sendiri telah mengambil tindakan undang-undang.

Walau bagaimanapun, penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail mengundang kecaman ramai selepas memuat naik satu hantaran mengenai Sambal Nyet Khairi yang didakwa meniru produk pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Menurut Damian, netizen mengamuk memarahinya apabila produk Sambal Nyet ditiru tetapi memuji apabila pempengaruh itu mengeluarkan resepi burger prosperity.

Tidak melatah dirinya dikritik teruk, penyanyi ini tampil dengan penjelasan mendakwa hantaran itu ditujukan kepada pentaksub Khairul Aming.

Malah, Damian turut menafikan dirinya menyokong kerja-kerja menciplak dan dia sebagai artis juga lantang bersuara melawan isu plagiat dan hak cipta.

Menerusi perkongsian di Instagram, Damian telah membuat penjelasan mengenai isu ini:

“Assalamualaikum… Ok gaissss… nak bagi kepala bebal sesetengah2 netizen ni faham..

1. Aku tak pernah cakap aku tak sokong pun mana2 pihak yg ingin pertahankan hak mereka. Aku lah antara org industri yg lama dah aktif dan lantang bersuara melawan plagiat, ciplak dan paling menekankan soal fight utk hakcipta dan hak milik artis atau mana2 karya. Bak kata dak2 sunat laser Terpaling Aktivis.

2. Aku x pernah cakap aku sokong kerja atau org yg menciplak. In fact, korg2 ni yg pakar2 IP belaka pun pakai gambar profile gambar curi internet pun x beretika sebenarnya.

3. Aku x cakap pun KA salah didalam mana2 situasi tersebut. Aku sokong dia ambik tindakan kerana ada locus standi dalam kes ni. Dia bukan pertikai sambal, tapi benda intangible and specific mcm packaging, intellectual property atas nama nyet, warna, logo, susun atur label, greeting card, copywriting and overall presentation of product & brand. Kalau dah ada register trademark, maka lagi lah dia boleh teruskan tindakan saman. Aku juga tau bezakan situasi adalah berbeza tapi melibatkan IP. Resipi pun adalah IP.
Aku X sebodoh orang2 yg x erti nak baca dan hadam post cuit jenaka simple ni. Semua benda pun nak emo.

Bila produk bagus & laris mcm produk KA, org akan tiru…betul, org kata imitation is the sincerest form of flattery, tapi tak bermakna kita boleh suka2 buat breach of intellectual property. Setuju?

4. Aku tanya soalan awal tu tuju kat netizen taksub bukan kat KA. Kalau tak tau bahasa, pi balik sekolah. Kalau hati busuk, zikir & istighfar byk2.

5. Aku sendiri minat dan hormat KA. In fact, aku sendiri pernah post dan tag dia sebelum2 ni puji dia kat IG. Bini aku pun follow resipi2 dan konten beliau yg positif dan bermanfaat. Korang ni bikin fitnah aku tak baik tau…abis aku dikecam semalam. Faham tak? Ke saya perlu lukis jugak?

Dengan ini, aku nak tutup tahun 2023 dengan cara yg baik, Sesungguhnya manusia ni tidak lari daripada kelemahan dan khilaf. So aku pun nak terus perbaiki diri aku dan mohon maaf andai ada yg salah tafsir posting saya tempoh hari. Korang bikin panas, komen2 hentam aku tadahal…
Bini aku pun support KA dan support content2 dia.
Habis aku kena marah smlm. 😅

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Damian Mikhail (@damianmikhailmusic)

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.

Continue Reading
Advertisement