Connect with us

Viral

“Kalau jatuh..” Demi Tengok Sunset, Sekumpulan Remaja Sanggup Panjat ‘Flyover’

Terkadang manusia akan melakukan apa sahaja untuk kepuasan diri sendiri sehingga sanggup membahayakan nyawa demi mendapatkan apa yang mereka mahu.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan remaja dikatakan melakukan aksi yang berbahaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @missblackwhite__, mereka dilihat sedang duduk di atas flyover dipercayai bertujuan untuk melihat matahari terbenam.

Malah, mereka juga memanjat dan duduk di atas tebing flyover sambil turut melambai-lambai pada kenderaan di bawah.


Difahamkan, lokasi kejadian berlaku di flyover Bernam Jaya, Tanjung Malim, Perak.

“Kalau jatuh terus tak jadi tengok sunset, dia jadi said goodbye.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui seram melihat mereka memanjang flyover tersebut malah bimbang jika terjatuh.

“Ya allah aku yang seram tengok” -netizen.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berpendapat bahawa ianya bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah mengundang bahaya pada kenderaan di bawah flyover yang rata-ratanya sedang memecut laju.

“Bukan setakat bahayakan diri sendiri, bahayakan pengguna jalan raya juga. Kot ye pun nk tengok sunset pergi tempat yang sepatutnya, bukan ats flyover” ujar seorang lagi netizen

Video yang tular di laman TikTok:

@missblackwhite__

Kalau jatuh terus tak jadi tengok sunset, dia jdi said goodbye😔

♬ original sound – Syahmi Hisham

Matahari terbenam memang cantik, tapi perlulah bersesuaian dengan tempat. Jangan bahayakan diri dan pengguna jalan yang lain demi kepuasan sendiri. PoKok pangkalnya, perlulah berfikir sebelum melakukan sesuatu.

Jangan ulang kembali kes beberapa tahun lepas dimana 8 orang remaja mendaki mercu ipoh sehingga teruk dikecam netizen gara-gara membahayakan diri sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.