Connect with us

Selebriti

“Kalau nak cari isteri, cari yang putih” Tunang Pelakon Dayana Roza Kongsi Pesanan Nenek

Nur Dayana Kamsun Bahari atau dikenali Dayana Roza, 29, telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan.

 

View this post on Instagram

 

👠 @christyngshoes

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza) on

Majlis tersebut yang diadakan di Damai Glass House, Kuala Lumpur hari ini. Pelakon itu memilih A’dale Adham Ayahudin, 33, sebagai bakal pasangan hidupnya.

Akan bernikah pada pertengahan Disember

Difahamkan, pasangan itu bakal mengikat tali pertunangan selama empat bulan sebelum merancang untuk bernikah pada pertengahan Disember depan.

Menurut Dayana, tunangnya itu pernah cuba mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga kira-kira empat tahun lalu.

“Kami dah berkawan enam tahun. Dia ini memang kawan gaduuh saya. Sebenarnya, dia pernah ajak kahwin empat tahun lepas”.

Tunang sifatkan Dayana wanita yang sempurna

Sementara itu, tunang kepada pelakon Dayana Roza, A’dale Adham menyifatkan bahawa bakal isterinya itu merupakan wanita yang cukup sempurna di matanya.

Bahkan, atas sebab itu jugalah dia sanggup berusaha cuba memenangi hati Dayana biarpun pernah ditolak lamarannya untuk menjadikan pelakon tersebut sebagai isteri beberapa tahun sudah.

“Orang kata, kalau ibarat kereta tu, memang ikut spesifikasi yang saya mahukan”.

“Cuma, bunyi tu yang saya kena tukar sikit. Malah, saya pernah cakap dengan dia ‘ingat, satu hari nanti saya akan kahwin dengan awak juga’,” ceritanya kepada Astro Gempak

Kalau nak cari isteri cari yang putih

Menurut A’dale lagi, dia juga memilih Dayana kerana mengikut kriteria seperti yang dipesan oleh arwah neneknya.

“Sebelum ni, arwah nenek kata kalau nak cari (isteri), cari yang putih. Dayana pun putih, jadi, okaylah tu” ujarnya.

“Paling penting, dalam banyak-banyak perhubungan sebelum ni, dia seorang sahaja yang tahan dengan hobi saya yang suka memancing sebab hobi saya ini agak lasak. Saya suka laut, belayar,” ceritanya.

Bercinta sejak awal tahun

Semalam, Dayana, 29, mengikat tali pertunangan dengan A’dale, 33, selepas mereka mula menjalin hubungan cinta sejak awal tahun.

Walaubagaimanapun, pasangan itu mengakui sudah berkawan sejak enam tahun lalu menerusi seorang rakan.

Pasangan itu dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada pertengahan Disember nanti.

Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan mereka melangkah ke gerbang perkahwinan nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.