Connect with us

Selebriti

“Kalau pertandingan suara seda, minggu pertama Ani dah keluar” – Tok Ram

Juri tetap Gegar Vaganza 7 (GV7), Datuk Ramli MS tampil menjelaskan kedudukan Noraniza Idris yang sering berada di tangga teratas konsert mingguan.

Kata Ramli, Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani kurang melakukan kesilapan dan berjaya mengelakkan markahnya dipotong.

“Ani dia buat sangat minimal kesilapan. Korang kena faham.

“100 markah belum menyanyi dah bagi, kalau yang terkeluar dipotong markah sampai 70, tinggal 30 saja.

“Bila minimal kesilapan, secara automatik kedudukan dia akan di atas.

“Kalau ini pertandingan siapa suara sedap, minggu pertama dia dah keluar,” jelasnya menjawab pertanyaan yang dilontarkan netizen di media sosial.

Meninjau ruangan komen di media sosial Instagram dan Twitter, ramai yang melontarkan pandangan tidak berpuas hati dengan pemarkahan juri membabitkan beberapa bintang GV kali ini.

Malah, ada yang menganggap penyingkiran artis kesayangan masing-masing tidak sepatutnya berlaku.

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.