Semua sedia maklum bahawa kannser payudara merupakan musuh utama dan penyebab kematian tertinggi untuk kaum wanita.
Walaubagaimanapun, selain daripada itu, penyakit yang kerap menghantui kaum hawa ini adalah cyst.
Apa Itu Cyst?
Cyst sebenarnya adalah satu ketumbuhan yang mengandungi cecair sama ada air, cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak, dan lendir.
Cyst juga boleh disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain.
Jenis-jenis Cyst
Ada pelbagai jenis cyst di antaranya:
- Follicular Cyst
- Corpus Luteal Cyst
- Hemorrhagic Cyst
- Ruptured Ovarian Cyst
- Endometriotic Cyst of Ovary
- Dermoid Cyst Ovary atau Terratoma
Melalui satu perkongsian di Facebook, Hariza Azmi menceritakan pengalamannya yang menghidap cyst dan pernah dibedah.
Hariza juga berkongsi tips penjagaan rahim yang diberikan oleh doktor ketika merawatnya. Mari kita ikuti perkongsian beliau.
Pembedahan Cyst Tiga Tahun Lepas
Tiga tahun lepas aku operate buang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Doktor macam kita sembang ngan kawan.
Jangan Buat 8 Benda Ini
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang tak nak dengar lantak laa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis supplement.
NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen. ( rasanya mcm aku dengar estrogen ). Makan lagi supplement menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon.
2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya.
3. Kurangkan makan ayam.
4. Banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan.
5. Amalkan pemakanan yang sihat
6. NO FAST FOOD
7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc )
8. NO STRESS
Checkup 6 Bulan Sekali
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana.
Jawab aku “Abah kau ! Malu konon”
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu??
Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Jangan Beli Ubat Kurus
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada KKM sekali pon. Mudah sungguh orang kita percaya ngan KKM tu. Ntah betul ke tidak. Heheh.
Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger duluu.
Pingback: “Kalau Sayangkan R4him Tu, Jangan Buat 8 Benda Ni” Banyak Kali Kena Cyst, Wanita Ini Kngsi Nasihat Doktor – Speedtrex
Pingback: “Kalau Sayangkan R4him Tu, Jangan Buat 8 Benda Ni” Banyak Kali Kena Cyst, Wanita Ini Kngsi Nasihat Doktor – Mangga Hijau
Pingback: “Kalau Sayangkan R4him Tu, Jangan Buat 8 Benda Ni” Banyak Kali Kena Cyst, Wanita Ini Kngsi Nasihat Doktor