Connect with us

Selebriti

“Kalau Tak Bilal, Imam..” Dakwa Wajah Bilal Tular Di TikTok, Neelofa Tampil Jawab Persoalan Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan anak lelaki selebriti terkenal Noor Neelofa ini? Muhammad Bilal nama yang cukup indah namun wajah si cilik ini masih menjadi tanda tanya peminat-peminatnya.

Sejak dilahirkan Neelofa dan suaminya Haris Ismail telah memaklumkan bahawa tidak mahu mendedahkan wajah anak sulung mereka kerana mahu mengelak dari sebarang penyakit ‘ain’. Pun begitu, Neelofa yang sering berkongsikan perkembangan dan foto anaknya di media sosial itu sentiasa meletakkan ‘emoji sticker’ pada bahagian muka Bilal.

Walaupun hanya menunjukkan bahagian belakang, tangan, kaki dan sebahagian wajah Bilal masih ramai yang teruja melihatnya.

Terbaharu, kecoh di laman TikTok apabila netizen mendakwa sebuah foto yang tular itu adalah anak lelaki kepada selebriti dan usahawan, Neelofa kerana bentuk wajah serta kulit putih gebunya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @bebelancikmin memaparkan sebuah video dimana dia menjawab soalan seorang daripada pengikutnya yang meminta agar berkongsi wajah sebenar anak Neelofa.

Namun pengguna tersebut tidak berani menyatakan gambar yang dipaparkan itu sahih. Sebaliknya dia turut bertanyakan soalan kepastian sama ada foto tersebut adalah Bilal ataupun tidak.

“ni soalan tau..betul ke ni Bilal anak Neelofa? Comel betul..” tulisnya di ruangan kapsyen

Apa yang menjadi perhatian ialah ibu kepada Muhammad Bilal sendiri yang tampil menjawab soalan tersebut dan meninggalkan komen di video yang tular itu. Neelofa menafikan dakwaan tersebut tetapi dia sempat memuji kecomelan bayi di dalam foto berkenaan.

“ Hehehe sorry semua, ini bukan Bilal. Tapi comel masya-Allah,”komennya.


Meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi tentang wajah anak Neelofa itu. Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa wanita yang mendukung bayi dalam foto tersebut merupakan adik perempuan kepada Haris Ismail dan sebagainya.

Antara komen warganet:

“Baby semua comel..tapi disebabkan dia anak retis tu yang orang sibuk..”

“Tu bukan bilal tu makmum..”

“Bukan tu, kalau you all perasan masa birthday jebat ada igs nellisa terlepas pandang kot tapi dari jauh, shahrin husb qally tgh dukung bilaal. Comelll..”

“Bukan bilal tu..tu adik pu riz dengan anak buah dia..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@bebelancikmin Replying to @gengborak ni soalan tau..betul ke ni Bilal anak Neelofa? Comel betul.. #neelofa #bilal #neelofaharis #fyp #bebelancikmin ♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music

Continue Reading
Advertisement