Connect with us

Viral

“Kalau tak boleh buat cakap” Inai Tertanggal 2 Jam Sebelum Majlis Tunang, Gadis Luah Rasa Kecewa

Inai merupakan sesuatu yang wajib dipakai oleh bakal pengantin atau tunang ketika majlis bahkan ianya dikatakan membuatkan pengantin lebih ‘naik seri’.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Amendha meluahkan rasa kesalnya terhadap seorang pelukis inai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amendha12, inai yang dilukis di atas tangannya mula merekah dan tertanggal kurang dari 2 jam selepas dilukis.

“Bertunang, menikah, bersanding semua orang nak sekali jer seumur hidup, so please untuk semua yang terlibat buat lah keje sebaik mungkin, kalau tak boleh buat cakap jer tak boleh jangan buat naya dekat orang tau”

Apa yang lebih mengecewakan adalah, pelukis tersebut bertindak melarikan diri apabila dihubungi dengan memutuskan
panggilan telefon.

“Please untuk semua yang terlibat buat lah kerja sebaik mungkin, kalau tak boleh buat cakap je tak boleh jangan buat naya dekat orang tau.” Ujarnya

Menurutnya lagi, dia terpaksa memakai inai celup setelah lukisan henna putih ditangan itu rosak sebelum majlis, namun hasil inai celup itu turut tidak memuaskan hati oleh kerana kesuntukan masa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati atas apa yang berlaku kepada wanita ini dan berharap agar sesiapa yang membuat servis sebegini menjalankan amanah dengan baik.

Antara komen warga maya:
“Sebagai henna artist, white henna waterproof boleh tahan lama. Kena finishing yang betul. Terkupas sikit sikit biasa kalau terkupas mcm ni x biasa.”


“Henna putih ni kalau bukan waterproof memang taktahann . Risiko nak terkopek terkeluaq tu 80%”

Video yang tular di laman TikTok:

@amendha12 Bertunang, menikah, bersanding semua orang nak sekali jer seumur hidup, so please untuk semua yang terlibat buat lah keje sebaik mungkin, kalau tak boleh buat cakap jer tak boleh jangan buat naya dekat orang tau #bakalpengantin2022 #hennaart ♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran

@amendha12 Reply to @amendha12 ♬ original sound – Amendha

@amendha12 Reply to @fatinfauzi_95 ♬ original sound – Amendha

Sekadar berkongsi, Untuk dapatkan inai cantik dan murah sekitar KL, puan-puan boleh dapatkan khidmat @eisyahennaart._

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.