Kehadiran cahaya mahta pastinya melengkapkan lai pasangan suami isteri. Bukan sahaja telatahnya yang comel malah ada sahaja percakapannya yang mampu buat kita terhibur. Senang kata, boleh bosan jika tiada mereka di rumah.
Waktu bermain merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Manakan tidak, masa ini lah mereka boleh cipta pelbagai kenangan sewaktu kecilkerana sememangnya memori terindah tidak mempunyai tarikh luput.
Namun lain pula cerita dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang kanak-kanak sakan bermain kejar-kejar dengan seekor kambing.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syeraceksu, kelihatan haiwan ini cukup mesra dengan dua orang kanak-kanak tersebut.
Apa yang membuatkan orang ramai lebih terhibur adalah gelagat kambing itu yang acah-acah mengejar anak-anak ini sehingga terangkat-angkat kakinya seolah-olah lupa dirinya itu seekor kambing! hehehe
Menerusi video lain, dia juga berkongsi sebuah video dimana mereka memandikan kambing sehingga netizen hairan kerana sebelum ini seringkali kita dengar bahawa kambing takut air tapi lain pula dengan kambingnya ini.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 83.9K tanda suka, 1907 komen dan 2555 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kambing yang rancak bermain dengan dua orang budak ini.
Tidak cukup dengan itu, para netizen juga berseloroh mengatakan selama ini hanya melihat kucing sahaja terlompat-lompat begitu, tak snagka kambing pun ‘sama naik’.
Berikut merupakan komen warga maya:
“Pandai kambing tu berlakon, nanti tuannya dah sayang tak kena sembelih”
“Kambing tu buat lompat bintang ke”
“Alaaa comelnya main kejo kejo dengan kambing. Sebab tu saya nak bela kambing, tapi suami tak bagi”
“Jaga dia baik2 ye sis, dia dah rasa macam keluarga dia sendiri. Suka main dengan budak2 tu”