Tiada siapa diantara kita yang mahu kehilangan orang yang kita cintai apatah lagi jika sudah berpuluh tahun hidup bersama. Pastinya terasa berbeza suasana apabila mereka sudah tiada.
Namun apa kan daya, ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa orang adik beradik ini berpakat untuk tidak memaklumkan kepada ibunya bahawa bapa mereka telah pergi buat selama-lamanya mencuri perhatian ramai.
Tidak dapat diabayangkan betapa luluhnya hati seorang isteri apabila menerima khabar duka setelah pulang ke tanah air oleh kerana pergi ke mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @umiaisy, kelihatan ibunya yang sedang mengaji sambil mengusap air mata yang menitis di pipi kerana tidak dapat menahan sebak atas pemergian suaminya.
Terdahulu, kedua-dua orang tua mereka tak pernah terpisah jauh dan pernah berjanji untuk bertandang ke Makkah bersama-sama.
Walau bagaimanapun ayah Umi diuji mengalami masalah kesihatan, namun telah memberi keizinan kepada isterinya untuk tunaikan umrah.
Seolah-olah dapat merasai sesuatu yang tidak kena, ibunya memaklumkan selalu rasa berdebar susulan teringat ayah di kampung namun anaknya tetap merahsiakan berita duka itu sehinggalah ibunya pulang daripada tanah suci.
Video yang tular di laman TikTok:
@umiaisy Reply to @fini_rohmeli Betul sis, mak sentiasa rasa debar jer,duk teringat ayah kat kg. Bila dia tanya, kami cakap ayah ok#fypシ ♬ suara asli – _
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan mengapa, mereka merahsiakan pemergian ayahnya daripada ibu yang berada di Mekah.
Namun mereka tampil memaklumkan bahawa mereka risau akan kesihatan ibu yang sangat tidak mengizinkan dan tidak mahu mengganggu fokusnya untuk beribadat.