Connect with us

Selebriti

“Kami bakal menimang cahaya mata yang pertama” Fazura Hamil Empat Bulan, Fattah Amin Luah Rasa Syukur

Selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun, pelakon dan penyanyi Nur Fazura mengumumkan sudah berbadan dua sebentar tadi. Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar bersama suami, pelakon Fattah Amin. “InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan […]

Setelah dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon popular Nur Fazura akhirnya mengumumkan sudah berbadan dua pada petang tadi.

Khabar gembira itu dikongsi Fazura menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar bersama suami Fattah Amin.

“Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.

“InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah.

Menurut Fazura, dia dan suami yakin dengan aturan Ilahi dan kini adalah waktu paling tepat untuk merka dikurniakan anak.

“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

Malah, Fazura turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucapan selamat kepada mereka selama ini.

“Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Perkongsian berkenaan dihujani ucapan tahniah rakan selebriti dan para peminat mereka dimana rata-rata turut tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot Mega Drama Astro Ria hingga peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Ketika itu Fazura tidak menolak kemungkinan sekiranya dijodohkan dengan Fattah dan pada 23 November, Fazura dan Fattah mengumumkan pertunangan mereka.

Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.