Semalam kecoh satu Malaysia apabila satu foto Aliff Aziz dengan seorang gadis tersebar di media sosial.
Boleh dikatakan kebanyakan netizen memandang serius perkara itu kerana ianya bukan sekali dua dilakukan oleh Aliff terhadap isterinya Bella, tetapi banyak kali.
Namun begitu, lain pula respon yang diberikan oleh kaum keluarga terdekat Aliff sendiri di mana bapanya, Aziz Sapdan menjelaskan keluarga mereka menerima dengan tenang tentang berita anaknya itu.
Menerusi laporan Utusan Online, Aziz berkata dia dan isteri, Siti Hafiza Sheikh Mohamad masih belum bertemu Aliff namun mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun.
Menurutnya, mereka dah biasa melalui perkara ini dan okey saja, baginya netizen saja yang melebih-lebih.
“Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa,” luahnya.
Tambahnya lagi, ibu Aliff tidak jawab panggilan telefon daripada sesiapa pun kerana bimbang disoal berkenaan perangai anaknya itu.
Azizi juga hanya mampu mendoakan yang terbaik buat ALiff dan isterinya itu.
“Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stres di rumah. Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga,”katanya lagi.
Sebelum ini Bella sudah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram miliknya di mana dia akan teruskan kehidupan bersama anaknya.
Bella juga memohon orang ramai terutama peminatnya tidak lagi Dm ataupun meninggalkan mesej buatnya dan memberikan ruang.