Connect with us

Viral

“Kenapa tangan anak cacat” Salahkan Ibu Punca Lahir Anak Sumbing & Jari Unik, Andika ‘Sekolahkan’ Netizen Celupar!

Siapa yang tidak kenal Usahawan, penceramah motivasi dan selebriti media sosial iaitu Andika Putera. Seorang yang selalu berfikiran positif bahkan seolah tidak kenal erti putus asa.

Sejak berkahwin dan dikurniakan cahaya mata bernama Alisha, Andika sering terpalit dengan pelbagai kontroversi dek kerana keadaan anaknya yang sangat istimewa.

Terdahulu dia pernah menafikan satu tuduhan yang mengatakan dia malu untuk memuat naik gambar anak sulungnya yang dilahirkan dengan keadaan bibir sumbing dan jari yag sangat unik itu.

Terbaru, isteri Andika yang dikenali sebagai Natasha berang dengan segelintir individu yang tidak berhati perut mengecamnya seolah-olah dia merupakan punca anaknya dilahirkan begitu.

Menerusi laman TikTok Andika sendiri, dia berkongsi satu soalan ‘panas’ netizen dan memberikan respond terhadap soalan tersebut.

“Kenapa tangan anak cacat macam tu? Kenapa mulut macam tu? Tak makan folic acid, vitamin ke masa mengandung” – tanya seorang warga net.

Menjawab soalan tersebut, isteri Andika mendedahkan bahawa dia telah makan segala yang disarankan malah tidak pernah meminta anaknya dilahirkan dalam keadaan begitu.

“Tasha dah makan macam macam dah awak. Tasha dah makan folic acid, Tasya dah makan vitamin, Tasha dah minum susu, Tasha dah makan sayur, Tasha ada makan buah”

Turut mencelah, Andika juga memberikan pandangannya yang tersendiri.

“Dika punya pendapat senang je, ada je orang yang sakit jantung tapi tak hisap rokok. Ada je orang tu masuk air paru paru tapi sihat je main bola sepak semua okay je. Ada orang tu takda apa-apa masalah pun tapi waktu muda tiba-tiba sakit meninggal dunia. Itu semua adalah asbab sahaja” ujar Andika


“Kami dah cuba makan semuanya. Tapi kalau kehendak Allah kata benda tu memang jadi tangan macam ni, mulut macam ni, mata macam ni, so kena terima lah.” Tambahnya lagi

Tasha juga turut mengatakan ini semua merupakan kehendak daripada Allah dan kita tidak boleh mempersoalkan mengapa ianya terjadi.

“Itu semua kehendak daripada Allah, Kita tak boleh nak cakap kenapa dia cleft, kenapa tangan dia macam tu, kenapa dia macam ni, kenapa dia macam tu” jelas Tasha.

Video yang tular di laman TikTok:

@andikaputeraaNi haa close up❤️❤️❤️♬ original sound – andikaputeraa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai diantara pengguna TikTok tidak berpuas hati dengan sikap segelintir netizen yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain.

Berikut merupakan komen warga maya:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.