Beberapa hari lepas tular di media sosial dimana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tampil menjalankan dengan menyita barang niaga warga Rohingnya yang didapati berniaga tanpa lesen.
Manakan tidak, bila lalu sahaja di kawasan Selayang terutamanya Pasar Borong Selayang, pasti ramai warga Rohingya yang duduk di tepi jalan berniaga barangan basah. Malah lebih teruk, ada juga diantara mereka yang tampil mendedahkan Selayang merupakan tempat Rohingya dan meminta orang lain tidak mengganggu kehidupan mereka disana.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu dipercayai warga Rohingnya tampil menafikan kenyataan yang dibuat terhadap kaummnya menerusi video yang dimuat naik.
Menurutnya, beliau memaklumkan kehadiran warga Rohingnya bukan kerana mereka suka menetap di Malaysia sebaliknya kerana kampung mereka mengalami masalah yang mendesak mereka terpaksa ke Malaysia.
Selain itu, lelaki ini turut memaklumkan kaumnya hadir ke Malaysia bukan untuk membuat masalah sebaliknya sanggup berhempas pulas berkerja keras dalam mencari rezeki.
Difahamkan kenyataan beliau dibuat selepas terdapat pihak yang dipercayai seorang ustaz yang menyuruh warga Rohingnya majukan negara sendiri berbanding jadi pelarian di negara Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, dia turut memaklumkan kini bekerja sebagai tukang membuat rumah serta sanggup bekerja dari pagi sehingga malam demi mencari wang untuk makan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kurang senang dengan lelaki ini yang dianggap keterlaluan seolah ingin menunjukkan lagak samseng seakan berada di tanah kelahiran sendiri.
Antara komen wargamaya:
Video yang tular di laman Twitter: