Connect with us

Semasa

“Kami rancang untuk buat majlis tahun ini tapi..” Teman Lelaki Siti Surya Kongsi Pesanan Terakhir

Manusia merancang, Tuhan yang menentukannya. Sebaik-baik rancangan manusia tidak akan terjadi kecuali melalui kebenaran, pengetahuan dan pelan Ilahi Allah swt.

“Kali terakhir dia WhatsApp saya adalah pada pagi sebelum kejadian. Saya beritahu nak ke tempat kerja dan dia membalas, minta saya jaga diri,”

Itu luahan Muhammad Haiqal, teman lelaki Siti Surya Ismail, 19, gadis yang dibunnuh di hadapan ibu yang terlantar di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Menurut Haiqal, dia yang mengenali Siti Surya sejak dua tahun lalu, dimaklumkan mengenai kejadian menimpa arwah oleh kenalan rapatnya jam 4 petang semalam.

Pada mulanya, Haiqal ingatkan rakan itu bergurau apabila dia memberitahu tentang apa yang terjadi kepada Siti Nur Surya.

“Saya kemudian terus ke rumah keluarga arwah dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku.

“Macam tidak percaya, saya dan ibu baru berjumpa Siti Surya pada Sabtu lalu ketika kami menziarahi ibunya di rumah mereka. Ketika itu, arwah mesra bersembang dengan ibu.

“Ketika berbual, ibu sempat berpesan kepada arwah supaya jaga diri dan kesihatan,” katanya menambah, mereka berdua merancang bertunang dan kemudian berkahwin pada tahun depan.

Malah, ketika ditemui di rumah datuk dan nenek Siti Surya di Kampung Beladau Kepong, di sini, Muhammad Haiqal berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arwah untuk berkahwin tahun depan.

“Kami merancang untuk buat majlis tahun ini tetapi disebabkan Covid-19, ditambah pula dengan keadaan ibunya yang sakit, kami menangguhkan sehingga tahun depan,” katanya.

Menerusi laporan Berita Harian, jenazah arwah akan dibawa pulang ke Kampung Beladau Kepong untuk pengkebumian petang ini.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.