Amalan buang sampah merata ini bagaikan tidak dapat dibendung, buat lah kempen kesedaran alam sekitar macam mana sekalipun namun jika ianya tidak bermula daripada diri sendiri, maka ianya tidak kemana juga.
Perlu diingat, kelakuan seperti ini sebenarnya mencerminkan siapa diri kita. Di atas jalan raya pun boleh buang sampah merata apatah lagi di dalam rumah sendiri bukan?
Sama dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita membuang sampah di atas jalan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @Malaysiaviral, kelihatan sampah yang sangat banyak di atas jalan raya dipercayai dibuang oleh pemandu Myvi dengan nombor pendaftaran WVA 7320.
“Kami tengah jalan-jalan di bandar, tetapi terhenti selepas pemandu wanita ini mula membuang semua sampah-sampahnya keluar dari tingkap Sampah-sampah dia penuh di atas jalan dan ada orang yang ‘tolong’ bersihkan,” kata sumber.
Dapat juga kita lihat, ada seorang lelaki yang turut berang dengan sikap wanita ini bertindak untuk mengutip semula sampah-sampah berupakan pakaian termasuk pakaian dalam, beg tangan, kotak, barang kosmetik dan lain-lain dibuang semula ke dalam kereta itu melalui tingkap di bahagian pemandu.
Bagaimana pun, sehingga kini tidak dapat dipastikan mengapa wanita terbabit bertindak demikian dan difahamkan aksi tersebut dirakam di kawasan berhampiran dengan KLCC.
Insiden tersebut turut disaksikan beberapa orang awam berhampiran yang membuatkan pemandu itu berasa malu, lalu menutup tingkap kenderaannya.
Video yang tular di laman Twitter:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netzen turut geram dengan sikap tidak bertamadun wanita tersebut sekaligus memuji tindakan lelaki yang memasukkan semula sampah yang dibuang ke dalam keretanya.
“Padan muka, buat hal lagi, ada tong sampah besarkan ,tak pandai buang dalam tong, tak ada sivik punya orang, bagus pak cik tu,” tulis Nur Hazwani Wanie.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Sukri Mohd Salleh.
“Macam tak logik pun ada, pelik buang sampah banyak sampai macam tu. Memang tak masuk akal manusia macam ni wujud kat sini, tak bertamadun langsung,”katanya
“Terbaiklah mamat tu. Pemandu Myvi tu memang tak ada kesedaran sivik. Takkan masyarakat nak ajar juga hal-hal begini. Jalan raya bukan tempat untuk membuang sampah,” kata Suhaimi.
“Aku rasa driver Myvi tu ada masalah mental. Logik akal tak ada orang nak buang sampah sebanyak tu di jalan raya. Jangan cepat sangat nak menghukum,” kata Roro.