Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini diberikan pelbagai ujian dan cabaran dalam mengharungi hidup mereka.
Ada yang kaya harta akan tetapi ada masalah lain, ada juga yang kurang berkemampuan sehinggakan sukar untuk merasai kesenangan seperti orang lain.
‘Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ itulah peribahasa yang sesuai digandingkan untuk kisah yang ingindikongsikan pada kali ini.
Tular sebuah video di laman Twitter mengenai dua orang kanak-kanak gelandangan yang sedang seronok melihat kaca televisyen dipaparkan di sebuah kedai alat elektronik.
Saat kita mampu menjamah makanan yang lazat, tidur di tempat yang selesa, mempunyai serba pakaian yang lengkap, akan tetapi beringatlah masih ada nasibnya di luar sana tidak sama seperti kita.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @KaptanHindustan itu, kelihatan dua orang kanak-kanak gelandangan itu duduk di luar kedai tersebut sambil menonton televisyen.
Dalam video tersebut, kelihatan juga seorang lelaki yang merupakan pekerja kedai berkenaan berdiri di samping kanak-kanak tersebut sambil memegang alat kawalan jauh, lalu memaparkan rancangan kartun kegemaran mereka.
“Pekerja kedai melayani kanak-kanak gelandangan memilih rancangan yang ingin ditonton di televisyen setiap petang,” tulisnya di ruangan kapsyen ciapan tersebut.
Menjengah di ruangan komen, video tersebut dipercayai telah dirakamkan di salah sebuah kedai elektronik yang bertemoat di Tamil Nadu, India.
Rata-rata warga netizen memberikan pujian terhadap pekerja tersebut dan menyatakan bahawa sikapnya itu menggambarkan bahawa dia mempunyai hati yang mulia.
Antara komen netizen:
Hantaran Twitter yang tular: