Ada sejenis kucing yang menjadi favourite orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.
Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.
Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.
Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat si bulus ini yang ‘kantoi’ mencetuskan huru hara di dalam rumah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @catslover292, kelihatan si oyen berpura-pura pengsan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Dapat juga kita lihat kucing tersebut terbaring dengan keadaan terlentangdan di sekelilingnya terdapat beberapa tisu yang habis disepahkan di mana kebanyakannya hancur dikerjakan.
Apa yang lebih melucukan adalah oyen kekal tidak bergerak ketika tuannya itu meletakkan salah satu tisu yang telah dirosakkan di atas badannya.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 89.6K tontonan, 96.2K tanda suka, 3260 komen dan 5909 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan TikTok, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat si bulus ini yang pura-pura pengsan setelah apa yang dilakukannya ‘kantoi’.
Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana kucing mereka juga sering berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku setelah membuat huru hara.
Berikut merupakan komen warga maya:
Amboii pandai betul si oyen ni berlakon pengsan, tak jadi tuannya nak marah sebab comel sangatt. Betul lah orang kata, kalau buat hal tu tak Myvi, Oyen. kikiki