Connect with us

Viral

“Kasih abah hingga hujung nyawa” Ayah Tak Jemu Ziarah Pusara Titip Doa Walau Hampir 2 Tahun Ditinggalkan Isteri Tercinta

Tiada siapa diantara kita yang mahu kehilangan orang yang kita cintai apatah lagi jika sudah berpuluh tahun hidup bersama. Pastinya terasa berbeza suasana apabila mereka sudah tiada.

Namun apa kan daya, ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang warga emas datang ke pusara untuk ‘menjenguk’ isterinya mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @princesseida37, kelihatan dia dan bapanya berada di sebuah tanah perkuburan islam.

Dapat kita lihat, warga emas tersebut mengusap lembut batu nisan almarhumah isterinya sambil menitipkan doa agar diberikan ketenangan dengan getaran suara yang jelas kedengaran.

Mesra disapa eida, dia turut memaklumkan bahawa ibunya itu menghembuskan nafas terakhir sejak 1 tahunn 6 bulan yang lalu .

Bagaimana pun, sehingga kini ayahnya tidak jemu mengajak anak-anak melawat pusara ibunya pada setiap hari khamis.

Eida juga mengakui bahawa kasih sayang ayah terhadap ibunya sehingga ke hujung nyawa dan dia sendiri tidak mampu membayangkan perasaan ayahnya ketika ini yang kehilangan insan tercinta buat selama-lamanya.

“Mak adek rindu.. kalau adek rindukan mak stengh mati… macam mana dengan abah”

Video yang tular di laman TikTok:

@princesseida37 Mak adek rindu.. klu adek rindukan mak stengh mati… mcm mn dgn abah ..mak 😭😭 #fyp ♬ original sound – 🐝 eida 💙🤍💛

Ketika artikel iniditulis, video tersebut telah meraih 562.4K tontonan, 51.4K tanda suka, 1437 komen dan 1064 perkngsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata waga netizen sebak melihat pakcik tersebut yang rindu akan isterinya malah ramai yang mengakui bahawa rindu yang paling dalam adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama-lamanya. Rindu yang tidak pernah ada penghujungnya.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana tidak kuat untuk menahan rindu terhadap insan tercinta yang telah pergi ke negara abadi.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.