Connect with us

Viral

“Kata2 yang akan keluar dari mulut “brek tak berfungsi”” Netizen Bengang Tengok Aksi Cemas Lori Potong Barisan Sampai Terangkat Tayar

Risiko keselamatan di atas jalan raya semakin meningkat dengan ramainya pemandu-pemandu kenderaan yang tidak bertanggungjawab malah mementingkan diri sendiri.

Iospital phone repair gombak

Sebagai pemandu berhemah, perlu kita titiberatkan tentang nyawa pengguna jalan raya yang lain. Kita juga disarankan untuk sentiasa mematuhi undang-undang ketika memandu demi mengelakkan kemalangan tidak diingini berlaku.

Terbaharu, seorang pelawak terkenal, Ropie ada memuat naik satu rakaman dashcam di mana sebelah tayar sebuah lori terangkat akibat memecut kerana ingin memotong barisan.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat sebuah kereta jenis Naza Ria yang datang dari arah bertentangan terpaksa mengelak sehingga melanggar kawasan berumput di sisi jalan.

Pada awal video yang turut dikongsikan di Twitter @anthraxxx781, lori tersebut secara tiba-tiba muncul dengan laju sehingga hilang kestabilan gara-gara muatan berat di belakangnya.

Susulan itu, pemandu kereta segera mengelak ke tepi jalan, begitu juga dengan kereta yang berada di belakangnya demi mencegah daripada bertembung dengan lori sarat tersebut.

Pun begitu, pada hujung video memaparkan lori itu dapat mengimbangi semula muatan dan dua tayar sisi yang terangkat sebelumnya berjaya menjejak jalan raya.

Bagimanapun, video detik cemas itu menimbulkan marah netizen terhadap pemandu lori yang cuai. Mujur pemandu kereta sempat mengelak.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa geram dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan. Dalam pada itu, mereka turut menyifatkan sebagai ayat ‘brek tak makan’ sering digunakan oleh pemandu lori setelah kantoi bersalah.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di media sosial


Video yang tular di laman Instagram dan Twitter

Continue Reading
Advertisement