Connect with us

Viral

“Kawasan ni keras sikit” Berjalan 7 KM Untuk Healing Tepi Pantai, Wanita Ini Sesat Tak Jumpa Jalan Pulang

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menenangkan fikiran. Ada yang suka meluangkan masa dengan keluarga ataupun kawan-kawan untuk melupakan masalah.

Pun begitu, ada juga yang lebih memilih untuk bersendirian seperti keluar berjalan berseorangan, melihat pemandangan tanpa bertemankan orang lain dan banyak lagi demi merawat hati yang lara.

Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dikatakan seorang wanita ‘sesat’ ketika berjalan berseorangan di tepi pantai untuk ‘healing’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @roy, difahamkan beliau memang jenis suka berjalan seorang diri bahkan dia sanggup berjalan 14KM sambil mengikuti kelas online!

Berbalik kepada video yang tular, pada awalnya perjalanannya ke pantai berjalan dengan lancar, namun tiba-tiba gadis ini tersesat. Apabila dia cuba untuk patah balik, dia menyedari laluan pasir yang dilalui sebelum ini telah hilang dan kini berubah kepada jalan yang berbatu.


Mujur telefonnya masih dapat berfungsi dan dia cuba menelefon polis untuk mendapatkan bantuan. Walaupun nama pantai tidak didedahkan namun mengikut ruangan komen, kejadian dipercayai berlaku di Terengganu.

Dapat juga kita lihat beberapa orang polis dan juga bomba datang menyelamatkan wanita ini. Tidak cukup dengan itu, polis juga sempat memberikan pesanan kepada wanita tersebut sewaktu dia dibawa pulang menaiki kenderaan polis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen risau melihat wanita ini yang gemar berjalan berseorangan malah sempat menasihati wanita ini agar lebih berhati-hati.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mendedahkan keadaan pantai itu yang mempunyai 3 teluk, salah satunya ada gua dan dikatakan tempat itu agak ‘keras’.

Antara komen netizen:

“nasib sis ni pakai android kalau jadi kat aku ni yang pakai iPhone battery health 80% hm mengucap jelah”

“ya Allah takleh bayangkan kalau takde kredit, takde internet”


“tempat ni kata orang2 lama kuala memang keras..”

Video yang tular di laman TikTok:

@acugesic Replying to @moonhalim ♬ Sempurna Full Cover On yt Albayments – albay

@acugesic Replying to @mimiekayy ♬ Sumpah dan cinta matiku – Nidji

@acugesickalau baru balik dari hutan atau pantai, bersihkan diri dulu sebelum buat benda lain. jangan terus tidur walaupun dah penat sangat.

♬ follow me –

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.