Had laju adalah salah satu daripada peraturan jalan raya. Kita sedia maklum bahawa terdapat beberapa tempat yang mempunyai had laju tersendiri apabila melewatinya seperti hospital ataupun sekolah. Hal ini kerana bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Pun begitu, ramai yang masih tidak faham akan apa itu ‘had laju’ sehingga ada yang selamba membawa kereta secara melulu di kawasan yang tidak sepatutnya.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kenderan jenis Suzuki melanggar beberapa orang awam di hadapan sekolah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Sukan Star Tv di Platform Facebook, difahamkan kemalangan itu dapat dirakam menerusi dua video CCTV dari sudut yang berbeza iaitu daripada rumah yang bertentangan dengan Sekolah Kebangsaan Selayang Baru.
Dapat juga kita lihat, kenderaan tersebut pandu secara berbahaya dan melanggar beberapa penunggang motorsikal termasuklah apa dan anak yang membonceng motosikal.
Bukan sahaja pandu laju di kawasan sekolah, malah kawasan disitu juga sempit dan ianya merupakan waktu kemuncak ibu bapa mengambil anak pulang daripada sekolah.
Kereta tersebut bagaimana pun dikatakan dikejar oleh orang awam kerana mencuba untuk melarikan diri setelah menyebabkan kemalangan.
Menurut info lain, pemandu tersebut itu juga kena ‘provoke’ oleh kenderaan di belakangnya yang membunyikan hon.
Sebgai tanda protes, dia menekan-nekan pedal minyak namun tidak menyangka perbuatannya mengundang padah apabila kereta secara tidak sengaja meluru laju dan merempuh pengguna jalan raya yang berada di hadapan sekolah itu.
Video yang tular di laman Facebook:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 400K tontonan, 1.5 Komen dan 2.2K perkongsian di applikasi Facebook.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pemandu kereta Suzuki tersebut yang sengaja mengundang kemalangan dan hanya mementingkan diri.
Berikut merupakan komen warga maya:
“kalau dah tau time kemuncak budak2 sekolah balik, seeloknya yang takda kena mengena tak payah tambah sesak.. sabar sekejap tak rugi apapun..”
“kalaulah kena pada anak saya macam tu memang hospital lah tempatnya si pemandu tu..”
“kawasan sekolah mana boleh bawa laju2.. lesen terbang”
“secara tiba-tiba ada kad oku, secara tiba-tiba buat-buat kena sawan dalam kereta..”