Bagi yang minat dengan kereta, pasti timbul perasaan ingin mengubah suai keadaan kereta mengikut citarasa sendiri.
Pun begitu, ramai yang terlepas pandang akan faktor keselematan sehingga sanggup merisikokan nyawa penumpang serta pemandu.
Baru-baru ini, tular satu rakaman di Twitter mengenai sebuah keluarga yang berjalan-jalan menaiki kereta tanpa aspek keselamatan, membuatkan netizen ngeri melihatnya.
Kereta yang tidak diketahui jenisnya itu dilihat diubah suai dijadikan ruang selesa untuk isteri dan anak-anak berehat bersama yang mana tiada lagi tempat duduk penumpang hadapan dan kerusi di belakang.
Yang ada cuma lantai yang dilapik dengan cadar atau karpet, membolehkan penumpang bebas untuk duduk bersila atau baring secara santai seperti di rumah.
Video berdurasi 30 minit itu turut memaparkan TV dan rak kecil dipasang di bahagian belakang sambil kedua-dua anak mereka baring menonton siaran.
Si isteri pula bersila di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, dengan sebelah tangan berpaut pada pemegang pintu.
Hanya pemandu sahaja yang berada dalam posisi sebenar di dalam kereta, dilengkapi tempat duduk yang sempurna dengan tali pinggang keledar.
Susulan itu, seorang lelaki mempersoalkan keselamatanan pemilik kenderaan seisi keluarga.
“Nampak cantik, selesa kan? Tapi kebarangkalian untuk mati pun naik mendadak kalau kemalangan.
“Jangan buat macam ni. Sayangi ahli keluarga anda,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter.
Sejak video ini dimuat naik dua hari lepas, jumlah tontonannya telah mencecah sehingga 4 juta manakala meraih 19.2 ribu likes!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju mengenai modifikasi kenderaan tersebut yang mengundang bahaya terutama ketika bergerak di jalan raya.
Sementara segelintir netizen menyifatkan si pemandu hanya mementingkan diri sendiri, memandang enteng tentang keselamatan orang lain.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Video yang tular di laman Twitter