Connect with us

Selebriti

Kecewa Ibu Sendiri Dihina, Anna Jobling Akui Sedih Dengan Komen Biadap Netizen

Seorang pelakon yang baru meningkat naik, Anna Jobling atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ini sememangnya cukup popular di platform media sosial. Manakan tidak, drama yang dibintangi bersama Meerqeen dalam ‘Melur Untuk Firdaus’ juga mencetus fenomena sehingga dikenali oleh negara jiran.

Iospital phone repair gombak

Mungkin ada yang tidak tahu pelakon ini merupakan anak tunggal dan bapanya berasal dari United Kingdom, England serta ibunya berbangsa Melayu dari Melaka. Oleh sebab itu, dia memiliki wajah Pan Asia.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang pengguna TikTok yang memuat naik beberapa gambar Anna Jobling bersama ibunya ini telah menjadi perhatian ramai. Ada segelintir daripada mereka yang tidak menyangkakan wanita tersebut merupakan ibunya malah menyifatkan gaya ibunya seperti pembantu rumahnya.


Pun begitu, pelakon ini telah tampil meluahkan perasaan kecewa dengan sikap segelintir netizen yang bercakap buruk tentang ibunya.

Memetik sumber, Anna mengakui berasa sedih apabila membaca kata-kata negatif yang dilemparkan. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana ibunya seorang yang kuat dan tidak mempedulikan komen-komen tersebut malah apa yang lebih penting adalah untuk memberikan sepenuh perhatian kepada dirinya.


“Jauh di sudut hati, saya memang sedih. Ibu saya tak buat apa-apa pun. Mungkin sebab saya seorang pelakon dan dikenali umum, wargamaya merasakan mereka ada hak nak komen apa sahaja mengenai saya. Nak buat macam mana, mereka ada mulut jadi mereka tak akan berhenti bercakap.

“Saya bersyukur kerana ibu saya seorang wanita yang kuat. Dia tak kisah pun dan dia hanya memberikan sepenuh perhatian kepada saya. Saya juga dikelilingi peminat yang tak penat menyokong,” katanya.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa berang dengan ‘mulut-mulut puaka’ netizen yang menggelarkan ibunya sebagai pembantu rumah. Namun, ada yang sempat mengatakan  wajah Anna yang jelita itu memang persis seperti ibunya.

Antara komen warga maya:

“Sabar lah Anna. Jgn layan si mulut puaka tu semua…”


“Yg hina tu cuba check balik hati korg..nak kena panggil ustaz azan kt muka korg kot.. Byk sgt setannn bergayut..”


“Nah lah.. mcmana lah boleh wujud ats muka bumi manusia2 yg suka menghina rupa paras org lain.. dia lupa ke semua tu Allah yg tentukan?…”


“aku tgk muka dia mmg muka mak. hidung dgn kulit ikut bpk dia kot.. cantik je .. apa mulut longkang. mak org pun nak menyibok lawa ke tak lawa. spesis virus semua benda kat mata dia…”


Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@bobbaskyy2 mother is everything #annajobling ♬ THE SHADE – Rex Orange County

Continue Reading
Advertisement