Connect with us

Selebriti

Kecoh Isu Pergi Konsert Tak Solat, Nora Ariffin Tampil Beri Pendapat

Sedar atau tidak sedar sudah dua tahun negara terpaksa menghadkan segala acara yang membabitkan industri seni berikutan fasa pandemik yang melanda. Selepas melalui fasa endemik kebanyakkan negara di seluruh dunia semakin pulih dan aktiviti yang dihadkan kembali seperti biasa termasuklah dengan acara konsert yang melibatkan artis-artis luar negara.

Pun begitu, sama juga dengan Malaysia yang menjadi salah satu destinasi untuk melakukan persembahan konsert.

Baru-baru ini, kecoh tentang individu yang menghadiri konsert oleh penyanyi luar negara Billie Eilish dikatakan tidak menunaikan solat. Hal ini kerana, ramai di antara peminat-peminat penyanyi tersebut sanggup beratur sejak awal pagi untuk masuk ke stadium.

Susulan isu tersebut, segelintir netizen mengkritik rata-rata penonton yang hadir di konsert tersebut dan beranggapan mereka mudah lalai dan mengabaikan tanggungjawab seperti penjagaan solat.

Namun, penyanyi senior terkenal Dato Nora Ariffin tampil menyangkal kenyataan dan dakwaan tersebut. Menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Nora Ariffin memberikan pendapatnya dan mengatakan di mana kita berada, solat adalah perkara yang paling utama.

“Maaf tak boleh pukul rata ye..orang pergi konsert tak solat, tak semestisnya. Malah ada yang dok kat rumah pun tak solat, sama-sama doa yang baik. Wallahuallam” tulisnya.

Tambah Nora lagi, sekiranya ada individu yang meninggalkan solat itu adalah disebabkan pilihan mereka sendiri dan turut meminta kepada semua pihak agar sentiasa bersangka baik dengan orang lain.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh penyanyi “Di Persimpangan Delima” ini. Bukan itu sahaja, ada yang memberi pendapat masing-masing berkenaan isu solat tersebut dan mempertikaikan kenyataan Nora.

Antara komen warga maya di laman Facebook:

“Saya banyak kali pergi konsert dan pasti akan solat sebelum konsert mula. Ada je surau di sana. Ramai je yang solat. Yang tak solat ni tak kira dia ada kat mana. Rumah ke tetap taknak solat”


“Tu lah kan..setuju sangat..do not judge the book by it covers”


“Solat melatih kita untuk mencegah perbuatan mungkar..ni kau dah gi solat..lepas tu pergi pulak tengok perempuan pakai seluar pendek menyanyi.. bercampur duduk lelaki perempuan..jadi ko usaha mencegah perbuatan mungkar ke tu? Sendiri jawab lah ye..”


“Lebih baik pesan atau nasihat jangan lupa solat daripada menuduh tak solat langsung”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.