Connect with us

Viral

“Kejam sangat” 100 Ekor Bangkai Burung Merpati Dijumpai Gara-Gara Dipercayai Diberi Makan Dedak Beracun

Tidak kira lah agama apa sekalipun, tetapi semua menegaskan untuk berbuat baik bukan sahaja sesama manusia malahan haiwan juga.

Namun pada masa kini, ianya seolah-olah tidak dipraktikkan apabila ada yang tidak berhati perut menganiaya haiwan. Terkadang hairan, manakah sifat keperimanusiaan seorang insan terhadap binatang yang tidak berdosa?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Kira-kira 100 ekor burung merpati ditemui mati selepas dipercayai memakan dedak yang diberikan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengundang amarah ramai.

Menerusi laporan Bernama, kesemua bangkai burung tersebut dijumpai di Jalan Batu Tiga, Shah Alam hari ini.


Dapat kita lihat, bangkai burung-burung tersebut bertempiaran di atas jalan malah kelihatan seorang individu yang juga merupakan para pekerja kilang gula berhampiran cuba untuk mengutip kesemua burung dan melonggokkannya ke satu tempat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menganiaya haiwan.

Komen warga maya:

“Allah, celakalah manusia yang memperlakukan haiwan seperti ini.. percaya lah hatimu tidak akan tenang sampai bila2”

“kenapalah manusia terlalu kejam sangat.. semoga mereka yang tidak bertanggungjawab dapat kifarah atas kejahatan yang telah dilakukan”


“dengan binatang pun manusia nak buat dajal.. burung tu tak kacau pun.. sama nak hidup atas muka bumi Allah… moga Allah beri balasan yang setimpal pada si pelaku”

“jahatnyaa sanggup membunuh.. aku tiap pagi bagi burung2 merpati makan nasi.. bagi meow makan.. bagi anjing makan.. aku rasa berdosa kalau aku tak bagi makan.. kenapa manusia ni zalim”

“dekat Tanah Haram.. burung ini dipelihara diberi makan.. dilarang menganiaya..”

Video yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.