Connect with us

Viral

“Keje Kilang Je Umur Muda Kawen, Mengandung Pulak” Pasangan Ini Buktikan Pada Makcik Bawang.

Terdapat pelbagai pandangan masyarakat mengenai perkahwinan diusia muda. Ada yang berpendapat lebih baik anak-anak muda kukuhkan pendapatan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Namun, ada juga yang menyokong perkahwinan di usia muda. Disamping mengurangkan pelbagai gejala sosial yang berleluasa kini, berkahwin juga mampu mematangkan anak muda.

Setiap pendapat yang diberikan tidak semua bersuaian untuk semua orang. Ia terpulang kepada individu itu sendiri.

“Keje kilang je, umur muda dah nak kahwin. Mengandung pulak haa boleh ke nak hidup”. Pasangan ini tidak menghiraukan pandangan yang tidak membina dan berusaha memperbaikan kehidupan mereka.

Kisah mereka telah tular selepas seorang wanita berkongsi pengalaman mereka di Twitter yang dikenali sebagai Katyylulu itu.


Ekoran dari itu, wanita itu mengambil pandangan itu sebagai pembakar semangatnya untuk terus menjadi isteri dan ibu terbaik buat keluarga kecilnya.

Menurutnya lagi, walaupun suaminya hanya bekerja sebagai pekerja kilang dan dia merupakan seorang suri rumah mereka sentiasa dimurahkan rezeki.

Selain itu, dia turut bersyukur kerana suaminya merupakan seorang yang rajin dan penyayang. Rezeki tidak bertuan, setiap insan yang berusaha pasti beroleh rezeki hasil dari titik peluh mereka.

Perkongsian dari lawam sosial Twietter

 

 


Sikap rajin itu dan percaya rezeki Allah itu luas bagi umatnya yang menjadikan ramai dari kita sentiasa berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Tidak salah jika kita mahu memberikan pendapat, namun berikanlah pendapat yang membina dan positif.

Setiap dari kita punya alasan tersendiri dengan setiap tindakan yang kita ambil. Semoga pasangan ini dan semua pasangan diluar sana dimurahkan rezeki.

Semoga perkongsian ini mendatang manfaat dan kebaikan kepada pembaca.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.