Connect with us

Selebriti

“Kejutan budaya kot” Terkinja-kinja Menari Di Tempat Awam, Sharifah Sakinah Dikritik Netizen

Pemegang nama Sharifah Sakinah sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan malah dia juga sering terpalit dengan kontroversi membuatkan dia sering menjadi sebutan ramai.

Umum mengetahui, Sharifah Sakinah mendedahkan telah menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan dan Hiperaktif (ADHD) yang mana dia telah didiagnosis pada 2018.

Pun begitu, baru-baru ini Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired sekali lagi telah mencuri tumpuan netizen di laman Instagramnnya.

Menerusi video yang dimuat naik, memaparkan Sharifah Sakinah yang sedang berada di sebuah laluan taman dan menari dengan aksi terkinja-terkinja berlatarkan lagu “Come And Get Your Love” oleh kumpulan Redbone ini mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Malah, kapsyen yang ditulisnya juga seolah-olah merasa pelik dengan individu yang berada di situ tidak menghiraukan dirinya meskipun menari sebegitu.

“Dorang tak heran langsung ek, pandang pun tidak walaupun terkinja” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan perbuatan Sharifah Sakinah itu agak memalukan sebagai seorang muslim dan sebagai seorang warga Malaysia sepatutnya pelakon ini menjaga adab bila berada di negara orang.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen akui perkara yang dilakukan oleh pelakon itu sudah dianggap perkara biasa bagi orang luar.

Bahkan, ada yang membeza-bezakan jika Sharifah Sakinah berada di Malaysia tindakannya yang menari terkinja-kinja itu pasti akan mengundang kecaman.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Mungkin culture shock kot..”


“You ni orang melayu atau acah acah rasa orang putih. Jaga lah adab orang timur sana..”

“Sini tak boleh sebab negara Islam ada agama dan adab..”

“Ye lah kat Europe mana ada orang kisah.You buat kat malaysia, 1 malaysia kecoh haha..”

“Melayu je yang jakun dan hadap benda remeh benda simple dijadikan isu..”

Video yang tular di laman Instagram:

Sekadar info, Sharifah Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 bagaimanapun hubungan tersebut tidak berpanjangan dan mereka bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang berusia lima tahun.

Bagiamana pun, dia berkahwin kali kedua bersama Michael Hansen yang berasal dari Sweden dan memilih untuk tidak menghebahkan serta tarikh perkahwinan juga dirahsiakan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.