Walaupun dulu pernah menolak cinta kekasih, Mr E namun hati Ruhainies mula terbuka dengan keteguhan agama kekasih apabila beliau membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit di set pengambaran tempoh hari.
Ruhainies menganggap doanya di depan Kaabah agar dipertemukan dengan lelaki baik dan kuat pegangan agama ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, kira-kira dua tahun lalu, kini dimakbulkan Allah.
Baca: “Kalau mat despatch tu manusia, dan dia adalah jodoh yang Allah tentukan, saya terima” – Ruhainies
Ruhainies memanjatkan doa berkenaan ketika berada di bawah Pancur Emas di dalam Hijir Ismail.
“Akhirnya Tuhan menunaikan doa saya apabila dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar membuatkan saya jatuh cinta dan bersedia melangkah ke alam perkahwinan. Saya pula bukannya memandang paras rupa dan kedudukan, sebaliknya hati budi serta keteguhan agama menjadi keutamaan.
“Saya bertambah yakin dengan keikhlasan Mr E (gelaran diberikan kepada kekasihnya) apabila melihatnya membaca Surah Yasin setiap hari, selama dua minggu, ketika saya jatuh sakit sewaktu menjalani penggambaran program travelog, Secawan Kopi, yang menjelajah beberapa kota di Indonesia, baru-baru ini.
“Bagi saya, kalau Mr E tidak kaya dan berharta sekali pun, inilah lelaki yang saya idamkan sebagai jodoh,” katanya.
Ruhainies pernah berasa terluka apabila netizen mendakwa beliau mengejar lelaki berharta sedangkan beliau tidak pernah menunjukkan kekayaan Mr E biarpun dirinya mengetahui status kekasihnya yang sebenar.
“Bagi saya, kalau Mr E tidak kaya dan berharta sekali pun, inilah lelaki yang saya idamkan sebagai jodoh. Saya tidak pernah beritahu identiti Mr E, malah apa yang dia ada pun saya tidak tunjuk. Kebanyakan netizen hanya membuat spekulasi”
“Kalau ikutkan, Mr E mengejar saya sejak setahun lalu, tetapi saya tidak melayannya. Sedangkan, saya bukannya tidak tahu siapa Mr E. Hati saya hanya terbuka untuk mengenalinya dengan lebih rapat apabila melihat kesungguhannya,” jelasnya.
Ruhainies berkata beliau tidak pernah dedahkan identiti Mr E dan netizen hanya tahu buat spekulasi.
“Saya tidak pernah beritahu identiti Mr E, malah apa yang dia ada pun saya tidak tunjuk. Kebanyakan netizen hanya tahu membuat spekulasi. Kalau ikutkan, Mr E mengejar saya sejak setahun lalu, tetapi saya tidak melayannya. Sedangkan, saya bukannya tidak tahu siapa Mr E.
“Hati saya hanya terbuka untuk mengenalinya dengan lebih rapat apabila melihat kesungguhannya, pada awal tahun ini. Jadi, janganlah membuat spekulasi bukan-bukan hingga mengguris hati saya,” katanya.
Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, Mr E sanggup menunggu kakaknya, Risteena Munim, berkahwin terlebih dulu sebelum mereka pula menaiki pelamin.
“Saya tunggu Risteena berkahwin dulu. Walaupun kami sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan, saya harus mendahulukan Risteena. Mr E juga tidak kisah menunggu selama mana sekali pun. Dia setia menanti saya,” katanya.