Menjadi seorang individu yang bergelar selebriti dan usahawan ini sememangnya tidak pernah terlepas dari sebarang kontroversi. Tidak kiralah dari segi penampilan, sikap, anak-anak dan sebagainya. Ada sahaja perangai netizen yang ingin dibuatkan isu.
Pun begitu, masih ada segelintir usahawan yang ‘lowkey’ serta disukai ramai seperti pengasas kepada produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty iaitu Madammu.
Tidak dapat dinafikan lagi, Madammu atau nama sebenarnya Erica Baiduri Abd Rashid ini sering menjadi perhatian dengan sikap dan kehidupan humble yang tidak pernah menunjuk-nunjuk malah dia juga selalu menghiburkan hari-hari pengikutnya dengan celoteh lucu dalam sesi ‘live’ di aplikasi TikTok.
Baru-baru ini, Madammu telah membuat ‘live’ di TikToknya pada lewat malam dan kelihatan Madammu yang berada di dapur itu sedang kelaparan pada jam 1 pagi.
Menerusi klip video yang dimuat naik oleh @sarahnoir30 di laman TikTok ini, memaparkan Madammu yang ingin memasak tetapi dalam pada masa yang sama ada seorang pengguna yang menanyakan soalan jika dia mempunyai pembantu rumah dan kenapa tidak memanggil pembantu rumahnya untuk masak sebarang hidangan malah reaksinya yang geram juga membuatkan rata-rata warganet terhibur.
“Takkanlah Madammu nak suruh maid masak jam 1 pagi? Maid pun nak tidur..” katanya.
Menurut usahawan jelita ini, dia mengatakan tidak mahu untuk mengejutkan pembantu rumahnya seawal 1 pagi semata-mata hanya kerana dirinya yang sedang lapar dan mahu menikmati makanan pada lewat malam.
Tambahnya lagi, mempunyai maid bukanlah satu alasan untuk senang-senang menyuruh mereka melakukan sesuatu perkara sesuka hati.
“Hangpa dah kenapooo…Mentang-mentang ada maid, lapar jam 4 pagi kejut maid” balasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian kepada Madammu kerana sikapnya yang memahami dan menghormati waktu tidur pembantu rumahnya.
Bukan itu sahaja, mereka juga turut terhibur dengan reaksi usahawan ini yang seolah-olah geram dengan soalan yang diberikan itu.
Antara komen warganet:
“Alahai comelnya… memang pure comel ni. Sejuk tengok. Semoga Allah sentiasa lindungi Madammu dan keluarga. Bahagia hingga ke syurga. Amin YRA..”
“ni majikan terbaik..”
“kalau macam ni nak jadi maid madammu lah..”
“maid pon manusia jugak, perlu rehat. kan madam..”
“betul..sya pun klu maid sya dh mandi mlm dan mkn mlm,sya tkkn gnggu dh nk suruh itu ini..kesianlh drg pun mnusia biarlh mlm tu wktu rehat dia..”
Perkongsian yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 237.0k tontonan,11.1k tanda suka, 102 komen, 275 simpanan,97 perkongsian di laman TikTok.