Connect with us

Viral

[VIDEO] “Hantu betul! Bod*h betul lah woi!” Tiga ‘Makcik Bawang’ Terkejut Kelisa Buat Hal

Pagi ini tular di  media sosial satu insiden di jalan raya yang telah melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Kelisa dan juga Proton Wira.

Kejadian berlaku apabila pemandu Perodua Kelisa tidak memberi signal sebelum menukar lorong dan telah mengakibatkan kemalangan kereta lain.

Bebelan makcik dalam kereta curi tumpuan

Perkongsian video tersebut telah meraih respon daripada warganet dek ‘bebelan’ makcik bersama rakannya saat menyaksikan kemalangan itu.

Video  yang berdurasi 1 minit 36 saat itu terdahulu menunjukkan beberapa orang wanita  dalam perjalanan ke destinasi sambil berbuat mengenai persiapan majlis yang akan diadakan selepas sembahyang Jumaat.

Dalam perbualan mereka di dalam kereta tersebut, pemandu itu mengatakan dia berkemungkinan akan memulakan perjalanan ke majlisnya di sebelah petang.

Perodua Kelisa di lorong kiri tiba-tiba masuk ke lorong kanan

Wanita itu juga menjangkakan makanan mungkin akan habis cepat. Namun rakannya memaklumkan perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana ramai adik beradiknya yang boleh masak makanan baru.

Setibanya mereka di persimpangan lampu isyarat, sebuah kereta Perodua Kelisa memandu dalam keadaan bahaya sehingga membuatkan mereka terkejut lalu membunyikan hon.

Ketika kejadian berlaku, pemandu tersebut bersama rakannya sedang rancak berborak mengenai perancangan sebuah majlis

Bagi signal terus masuk tukar lorong

Namun, perbincangan mereka terbantut kerana sebuah kereta Perodua Kelisa telah mencelah masuk lorong mereka secara tiba-tiba setelah memberi signal.

Walau bagaimanapun, pemandu tersebut terkejut dengan tindakan kereta Perodua kelisa terbabit.

Hantu betullah, nak ke mana

Dalam video tersebut, pemandu Kelisa tetap gigih meneruskan niatnya untuk masuk ke lorong kanan yang dipercayai mahu membuat pusingan U.

Wanita Kedua: “Hantu betul lah, nak ke mana?! Bodoh betul lah! Woii!!! Allahuakbar!!”

Tindakannya itu mengundang padah apabila sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan tidak menyedari kehadiran Kelisa.

Aku dah hon dia jalan juga

Kereta Proton Wira itu meneruskan perjalanan sebelum melanggar bahagian depan sisi kanan Kelisa. Proton Wira berkenaan nyaris terbalik disebabkan pelanggaran itu.

Wanita Pertama (Pemandu): “Aku dah kata dah! Haaa! Mabuk ke apa akak ni?! Aku dah hon dia jalan juga. Dia dah kenapa??”

Manalah aku tao dia yang bawak

Wanita Kedua: “Apsal dia camtu Mai?”

Wanita Pertama (Pemandu): “Manalah aku tau, dia yang bawak! Hahahaha!”

Wanita Kedua: “Tak, dia pandai ke tak pandai?”

Wanita Pertama (Pemandu): “Dia nak belok sana (pusingan U), dia salah jalan. Kak Mai dah hon, dia sepatutnya berhenti dulu tengok sana (lorong kanan). Sana (Wira) memang jalan dia, tegak.”

Wanita Kedua: “Nasib baik Wira tak terbalik.”

Gelagat wanita tersebut buat netizen terhibur

Menerusi laman Facebook, video kejadian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Zuliskandariah Khalid.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat perbualan tiga wanita di dalam kereta itu.

Walaupun sepatutnya orang ramai lebih fokus membahaskan mengenai kemalangan itu namun kerancakan perbualan tersebut telah mencuri tumpuan ramai.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.