Siapa yang pernah menonton Ceria Popstar pada tahun 2014? Pasti ada yang mengenali atau mengikuti perkembangan Juara Rancangan Ceria Popstar iaitu Masya Masyitah sehingga sekarang kerana nyanyian yang mengusik jiwa dan kebolehannya membawakan lagu berbahasa Mandarin.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Halimunan” ini merupakan seorang yang fasih berbahasa Mandarin dan pernah mencabar dirinya menyertai pertandingan Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong pada 2016 serta berjaya menyandang gelaran naib juara.
Baru-baru ini Masya Masyitah kembali dengan lagu terbaharunya yang bertajuk “Simpanan”. Penyanyi ini juga telah memuat naik gambar “behind the scene” bagi mempromosikan lagu tersebut namun perkongsiannya itu telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi pautan yang dikongsi oleh Masya Masyitah di laman Instagram, dia dilihat bersama pelakon Hon Kahoe dan mengenakan pakaian serba putih pada bahagian dalam manakala fesyen ala-ala ‘singlet’ dan skirt merah jambu di bahagian luar yang dikatakan tidak sesuai untuk penampilan wanita bertudung dan pelik.
Difahamkan, muzik video “Simpanan” juga dikecam netizen kerana penampilan baju-baju yang tidak setanding dengan imej berhijabnya. Malah, ada segelintir netizen yang kurang senang dengan imej “bertindik” di hidung yang ditampilkan oleh Masya di dalam muzik video tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik pemakaian baju Masya Masyitah yang tidak bersuaian untuk dikenakan dengan imej wanita berhijab. Bukan itu sahaja, ada yang kecewa dan mempersoalkan penampilan Masya yang dahulunya sopan.
Antara komen warga maya di laman Instagram:
“Pelik pelik pakaian muslimah sekarang..Na’uzubillahi min zalik..”
“Walaupun ada baju di dalam tapi macam tak sesuai baju pink tu untuk hijabis… sorry masya”
“Makin lama makin pelik fashion dia ni..unfollow..”
“SubhanaAllah..dulu masa follow dulu-dulu okay je.. kenapa sekarang dah makin pelik…jom sama sama kita betul tutup aurat ya dengan sempurna”
Gambar yang tular di laman Instagram:
Sekadar info, sebelum menyertai Ceria Popstar Masya terlebih dahulu menyandang gelaran naib juara program Bintang Kecil RTM pada 2011. Masya Masyitah juga membeli sebuah rumah berharga RM300,000 secara tunai pada usia 19 tahun pada 2019. Keseluruhan wang itu diperolehinya dari kerjayanya sebagai penyanyi.