Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam malah ianya menjadi penyempurna ibadah.
Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang menyentuh hati ini dimana seorang wanita berkongsi mengenai ibu tersayangnya meninggal dunia ketika mengerjakan umrah di Madinah.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @sunlightmorning, dia bersama ibu, ayah dan seorang adik beradiknya telah dijemput Allah sebagai tetamu untuk mengerjakan umrah.
Pada awalnya, ibunya dalam keadaan baik dan sihat tanpa mempunyai masalah kesihatan. Namun siapa sangka, insan tersayangnya itu mengalami demam dan sesak nafas ketika hari mahu pulang ke malaysia.
Mereka sekeluarga menyangkakan bahawa ibunya akan menerima rawatan biasa.
Pun begitu, ibunya terpaksa ditidurkan oleh doktor disebabkan beberapa organ gagal untuk berfungsi (multiorgan failure) dan meninggal dunia pada hari ke-10 di ICU serta dimakamkan di As-Sharaya, Mekah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menzahirkan ucapan takziah dan berharap agar keluarga terus kuat menjalani kehidupan tanpa seorang sosok bernama ibu.
Bukan itu sahaja, ramai juga dikalangan warga maya meluahkan rasa sebak dan mencemburui kematian khusnul khatimah arwah ibunya ketika berada di tempat suci Mekah.
Antara komen warga maya:
“Auto nangis.. al fatihah untuk arwah mama awak.. “
“Kita sedar semua akan meninggal tapi kita sebagai anak tak nak tengok orang tua kita pergi dulu..”
“Saya tak tahu laa tapi tengok video sis, saya sendiri menangis..”
“Sebak saya.. pemergian yang paling dicemburui semua.. semoga bertemu semua berkumpul di Syurga..”
“Sama macam arwah ayah saya.. nak naik flight balik dah.. tak lepas.. icu then ditidurkan..”
“Tak berhenti air mata mengalir.. berbahagialah mama awak disana.. kematian diinginkan oleh semua orang”
Video yang tular di laman TikTok: