Connect with us

Selebriti

Kembali Sebagai Penyampai Radio, Shuib Sepahtu Anggap Rezeki Arwah Isteri

Sudah sekian lama tidak muncul di kaca TV dan corong-corong radio,  ramai peminat yang ternanti-nantikan kehadiran Shuib Sepahtu dalam industri hiburan semula. Selepas menjadi seorang bapa tunggal, dilihat Shuib Sepahtu lebih memberikan fokus kepada keluarga dan bisnesnya.

Pun begitu, dia telah mencuri tumpuan ramai apabila kembali memulakan kerjaya yang ditinggalnya.

Terbaharu, pelawak ini telah diperkenalkan kepada media sebagai penyampai stesen radio Suria Fm. Shuib bakal bergandingan bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang kini diberikan penjenamaan baharu sebagai Morning Morning Suria.

Memetik laporan Media Hiburan, Shuib Sepahtu menyifatkan tawaran menjadi penyampai radio itu adalah sebuah lagi rezeki yang ditinggalkan oleh arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

“Sampai saat ini, saya selalu fikirkan yang banyak sangat rezeki arwah bagi kepada saya. Dalam perjalanan ke sini pun, saya bercakap seorang diri ‘Ibu banyak sangat yang you tinggalkan untuk I’.”

“Saya anggap tawaran ini sebagai rezeki peninggalan arwah dan anak-anak. Sebab itulah semasa diberikan tawaran, saya sangat bersyukur kerana peroleh jumlah bayaran yang sangat baik untuk saya dan keluarga.”

“Saya sangat teruja kerana Suria FM sememangnya sangat berpotensi dan mungkin dengan kemasukkan saya, kita boleh mencapai ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Menurut pelawak ini, semasa proses perbincangan berkenaan soal gajinya merupakan satu proses yang sangat mudah walaupun agak lama menunggu jawapan. Namun, dia tidak percaya pihak pengurusan bersetuju dengan permintaannya.

“Saya berjumpa dengan Dj Lin untuk berbincang mengenai tawaran ini hanya sekali sahaja. Saya cakap dengan DJ Lin mengenai jumlahnya dan dia mahu panjangkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan. Pada mulanya, saya anggap tawaran ini ini tidak menjadi sebab pihak Dj Lin pun diam agak lama. Nak dijadikan cerita, dua minggu lepas, saya dapat mesej daripada Dj Lin.”

“Pada waktu itu, saya sendiri tak percaya pihak pengurusan bersetuju dengan permintaan saya. Dj Lin minta saya bersedia sebab benda ni dah muktamat,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, Shuib merasakan ini ada peluang yang terbaik untuk kembali sibuk dengan kerjayanya meskipun pada awalnya perasaanya bercampur-baur.

“Saya terpaksa akui semangat untuk saya berkarya ini sebenarnya dah hilang. Ini bukan sebab mengada-ngada. Saya ni dah tolak macam-macam jenis tawaran bukan sahaja di radio tetapi juga di televisyen.”

“Malah, Sepahtu Reunion pun saya belum ada rasa nak buat. Nak tak nak saya kena teruskan juga sebab dah berjanji. Saya anggap fasa ini sebagai ‘wake up call’.”

“Pada masa sama, saya perasaan yang diri saya agak santai. Saya hanya fokus pada keluarga dan bisnes. Jadi, jadual saya banyak kosong sampai tak tahu nak buat apa,” tambahnya lagi.


Menjadi seorang bapa tunggal dengan empat orang anak, semestinya berhadapan dengan cabaran dalam rutin kehidupan hariannya lagi-lagi apabila perlu menguruskan anak-anaknya. Namun, Shuib memaklumkan dia sudah terbiasa memulakan harinya pada awal pagi.

“Salah satu sebab saya setuju nak kembali ke radio kerana anak-anak pun dah sekolah. Sekarang ni, pukul 10 malam tu dah tidur. Anak-anak saya pula tak boleh tidur kalau bapanya tiada. Jadi memang sesuai sangat.

“Anak-anak bangun pukul 6 pagi dan bila dah masuk radio ini, pukul 5 pagi dah kena bertolak. Jadi, saya akan siapkan barangan sekolah mereka lebih awal.

“Sebelum ini pun, memang itu tugas saya. Siapkan mereka dan saya jugalah yang hantar serta ambil mereka balik sekolah,” katanya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.