Bagi siapa yang suka ‘food hunting’ bersama rakan-rakan, keluarga mahupun pasangan, sudah tentu akan mencuba menu-menu terbaru yang menjadi bualan orang ramai bukan?
Umum kita tahu, penjual yang membuka warung tepi jalan sehingga ke restoran besar akan dikenali ramai dengan ‘kuasa viral’ netizen Malaysia. Sudah pasti ini akan mendatangkan untung kepada ‘owner’ kedai.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi pengalaman buruknya sewaktu singgah di sebuah kedai makan viral di Pulau Pinang bersama rakannya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @ahmd.idh4m, kelihatan mereka memesan beberapa jenis menu untuk dimakan. Pada dasarnya, makanan tersebut dilihat sangat menyelerakan.
Pun begitu, siapa sangka situasi mula berubah apabila mereka terjumpa beberapa ekor ulat di dalam makanan yang dipesan.
Difahamkan, salah seorang daripada mereka telah memberitahu pekerja tentang perkara tersebut. Pekerja memaklumkan mereka akan menukar makanan itu dengan makanan yang baharu namun pelawaan tersebut ditolak oleh lelaki ini.
Bagaimana pun, tanpa ucapan maaf, pekerja tersebut tetap menghantarkan makanan yang baharu kepada mereka sebagai ganti.
Berdasarkan apa yang diberitahu oleh orang awam di ruangan komen, kedai tersebut juga pernah diserbu siaran 999 yang bekerjasama dengan jabatan kesihatan dan kedai tersebut ditutup buat sementara untuk tujuan pembersihan.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 39.9K tanda suka, 2302 komen dan 3046 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘kembang tekak’ melihat perkara tersebut dan ada ramai diantara para netizen yang pernah menjejakkan kaki di kedai tersebut mengakui tempat itu sangat kotor dan layanan pekerja sangat teruk.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
“aku pun kene ceni masa makan situ, dapat ayam dah lama”
“pernah kena tutup 2 minggu untuk tujuan pembersihan”
“makanan out, layanan pun out, kasar macam nak gaduh”
“bila sampai tempatnya mmg kotor”
“sudu dia kasi tu still ada sisa makanan..”
“aku dah bagi rating rendha dah..”
“pernah try, pinggan dia tak basuh”
“situ air kosong dia tadah air paip”