Connect with us

Viral

Kemudahan Flat Di Singapura Moden & Sistematik Siap Ada Parking Basikal Bertingkat Buat Ramai Kagum!

Jika bercakap tentang rumah jenis Flat, pelbagai cerita negatif dan pengalaman kurang baik yang boleh kita baca di media sosial.

Iospital phone repair gombak

Manakan tidak, najis binatang di koridor, penduduk rumah yang bising sehingga menggangu, parkir yang terhad, buang sampah dari tingkat atas sehingga terkena kereta penduduk bahkan ada sehingga pecah cermin kereta dibuatnya.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana paparan kemudahan di flat Singapura telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @NRyazminYahya, dapat kita lihat terdapat ruang khas untuk letak basikal secara bertingkat.

Tidak cukup dengan itu, tempat pembuangan sampah juga sangat bersih dan sistematik serta mudah untuk digunakan.

Lebih menarik, siap ada rooftop garden, korang boleh healing sambil minum kopi melihat pemandangan serta menikmati angin yang sepoi sepoi bahasa.

Pelbagai lagi kemudahan yang ada sehinggakan ramai yang tidak percaya itu merupakan sebuah flat kerana fasilitinya sangat luar biasa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan fasiliti yang ada di negara berkenaan bahkan tidak menyangka ianya hanyalah sebuah perumahan flat.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui kita juga boleh melakukan perkara tersebut jika mampu mengubah sikap dan mentaliti.

Antara komen warga maya:

“Pokok pangkalnya duit/wang…sanggup bayar semua boleh buat..! Jgn dibandingkan flat di S’pore yg setara dgn kondo di M’sia dgn flat Low Cost …😅😅”

“cuba buat M’sia buat cara spore.siapa buang sampah merata saman mereka yg pemalas pengotor”


“Knp kat sana u org blh jaga flat elok ya tapi di sini punya flat sdh hancur semua lift ke garden ke semua hancur”

“in Malaysia. all the bicycles would be stolen from flats 😄”

“kt mlysia org siram kuah kari dr tgkat plg atas..ade tu tabur beras atas bumbung kete..kite jerit dia balas “sory2,sayya punya anak yg bikin ini hal..” cheit..”

“rakyat terdidik dgn disiplin dari dulu, penguatkuasaan yg bagus + cctv evrywhere, ..takutlah nak buat perangai nanti kena denda😂”

“yg penting manteliti kna ubah dulu..X guna klau buat kemudahan yang di sedia kn.. X reti nk jaga..”

“that why Singapore called “the FINE city” cantik , kemas, tersusun, indah dan juga DENDA 🤗”

Video yang tular di laman TikTok:

@nr.yazmin keadaan flat di Singapore #fyp #rumahflat #singapore #malaysia ♬ original sound – ”

Continue Reading
Advertisement