Peningkatan angka jangkitan pandemik Covid-19 di negara kita masih berada di tahap yang membimbangkan.
Sejak kebelakangan ini, ramai bekas pesakit yang menceritakan bagaimana keadaan dan pengalaman mereka dalam berdepan dengan pandemik ini.
Kemungkinan inilah hari terakhir saya di alam dunia ini
Memetik laporan Astro Awani, salah seorang Iman Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) turut berkongsi pengalaman beliau bersama orang ramai.
“Kali pertama saya berada di wad kecemasan Hospital Sungai Buloh, saya sudah nampak katil putih di depan saya. Kemungkinan inilah hari terakhir saya di alam dunia ini”, ujar beliau.
Antara hidup dan mati
Menurut Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki berkongsikan detik cemas dan menginsafkan selepas dirinya disahkan positif COVID-19.
Antara hidup dan mati, itulah apa yang diungkapkan oleh beliau sepanjang berdepan keperitan ketika dirawat sebagai salah seorang pesakit COVID-19 di Hospital Sungai Buloh.
Saya sudah nampak alam lain yang akan datang depan saya
“Saya sendiri dah lalui kuarantin, antara hidup dan mati”.
“Saya sudah nampak alam lain pula yang akan datang depan saya, tetapi dengan izin Allah dan berkat doa serta Al-Quran, saya kembali pulih semula”.
Tidak lalu makan, batuk luar biasa, semput walaupun saya bukan perokok
“Saya ingin berkongsikan cerita, saya tidak lalu untuk makan, mengalami batuk yang luar biasa, semput COVID-19 ini lain macam, kita tidak boleh hendak bernafas”.
“Meskipun saya bukan perokok, tiada penyakit asma dan sebagainya, tetapi semput tiada langsung dalam hidup saya,” kata beliau.
Dengan izin Allah dan bantuan doktor saya kembali pulih
Walaubagaimanapun beliau menyatakan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi, apabila keadaanya kini kembali sembuh dan dibenarkan untuk pulang ke rumah dalam masa beberapa hari.
“Dengan izin Allah dan bantuan pihak doktor dalam memberi alat bantuan pernafasan, dan sebagainya, alhamdulillah saya kembali pulih semula”.
Saya nak solat, Ya Allah biarkan saya kuat untuk solat terakhir
“Saya minta kepada Allah SWT, Ya Allah, saya nak solat Ya Allah, solat yang terakhir”.
“Ya Allah, biarlah aku ni kuat ya Allah untuk ke tandas, untuk berwuduk untuk solat terakhir Ya Allah”.
Doktor kelam kabut bantu saya dan rakan-rakan
“Kerana saya tidak boleh tahan sangat dah, dengan menggigil dengan sejuk, dengan doktor pun kelam kabut semua kelam-kabut, untuk bantu saya dan rakan rakan lain”.
“Tempat kecemasan jadi orang ramai, jadi tidak sempat melayan kita dengan sepenuhnya, itu sahaja yang dilayan pun, cukup rahmat dan membantu saya kembali hidup semula,” tambah Abdul Karim.
Wabak tidak kenal tok iman, menteri
Beliau yang juga imam masjid negeri Selangor menitipkan pesanan bahawa janganlah memandang sambil lewa tentang besarnya ujian COVID-19.
“Jangan kita sambil lewa sama sekali dengan COVID-19. Wabak ini dia tidak kenal tok imam, menteri sesiapa pun”.
“Bila dah takdir kata Kun Faya Kun, maka jadilah kita seorang hamba yang dijangkiti COVID-19”.
Jika tidak perlu keluar rumah, janganlah keluar
“Jika tidak perlu keluar rumah, janganlah keluar, jangan rasa diri kita ini kebal”.
“Sedangkan tok imam pun kena, menteri pun kena siapa pun kena, jadi sama-samalah kita jaga normal baharu ini mudah mudahan Allah SWT dan gugur dosa dosa kita InsyaAllah,” pesan beliau lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa supaya Sheikh Abdul Karim kembali sembuh.