Hormat antara satu sama lain terutamanya mereka yang lebih tua sudah diterapkan di dalam diri masyarakat di Malaysia malah kita juga telah di didik untuk menerima segala teguran dengan lapang dada.
Pun begitu, ianya bukan lah satu tiket untuk orang tua ‘biadap’ terhadap orang lain dan juga bukan bermakna orang muda tiada hak untuk bersuara.
Seperti yang kita tahu, kita perlulah beradab ketika bertutur ataupun memberi teguran kepada seseorang.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pakcik di sebuah kedai mamak menegur orang awam dengan cara yang agak kasar undang rasa kurang senang orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nidz.rain, difahamkan pada awalnya pakcik tersebut datang ke mejanya dan menegur keluarganya kerana memberikan gadget kepada anak merek.
Pakcik tersebut memaklumkan penggunaan gadget sememangnya tidak baik untuk kanak-kanak namun ketegasannya dalam berbicara pada waktu yang tidak sesuai di hadapan khalayak ramai membuatkan keluarga ini tidak senang dan hilang ‘mood’ sarapan.
Difahamkan, budak kecil bernama Laila itu sudah lama tidak memegang gadget tersebut. Keluarga ini pula turut menghadkan penggunaan gadget namun sekali sekala memberi kelonggaran.
Bagaimana pun, pakcik tersebut seakan-akan cepat menilai seseorang seakan keluarga ini sering memberi anak menggunakan gadget.
Selepas puas mendengar ‘tarbiah’ daripada pakcik tersebut, rupa-rupanya pakcik tersebut pergi ke meja sebelahnya bahkan turut menegur sekumpulan rakan yang baru sahaja hendak bersarapan.
Pakcik tersebut dikatakan membebel mengenai tabiat pemakanan mereka yang tidak sihat.
Jelas kelihatan muka mereka dalam keadaan tidak selesa namun memilih untuk berdiam diri bagi menghormati pakcik itu.
Oleh kerana terlalu lama dimarahi dengan nada yang agak tinggi, wanita ini akhirnya menghampiri sekumpulan kawan itu dengan menasihatkan mereka agar meninggalkan tempat tersebut jika berasa tidak selesa.
Dia turut memaklumkan keluarganya juga terkena perkara yang sama dan mendengar perkara tersebut, sekumpulan gadis itu hanya mampu ketawa sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pakcik tersebut yang seakan tidak menjaga adab dan memalukan orang lain di tempat awam.
Antara komen warga maya:
“Aduhh pakcik.. nak tegur ada caranya.. bukan macam ni.. potong selera orang nak makan”
“Tibee pakcik ponn.. nak tarbiah tak kene masa, tempat..”
“Saya yang akan tu.. viral pulak saya ye tiba2.. saya and kawan2 saya redho je actuallu sebab lapar sangat saya makan je.. sebab dia orang tua jadi saya diamkan saja..”
“My anger issue yang memang pantang bila time nak makan ada orang sibuk nak bercakap or berceramah gini..”
Video yang tular di laman TikTok: