Connect with us

Viral

“Kenapa anak2 aku sanggup tinggalkan aku” Luahan Pakcik Ini Rindu Anaknya Buat Netizen Sebak

Sering kali kita dengar anak-anak merupakan ‘anugerah’ terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa.

Namun tanpa kita sedar, apabila seeorang anak itu semakin membesar, ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah ‘amanah’ buat mereka apatah lagi jika ibu bapa jatuh sakit ataupun sedang uzur. Pastinya yang terbaik kita berikan untuk bahagiakan mereka.

Pun begitu, berbeza pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan seorang pakcik menangis teresak-esak kerana rindu akan anak-anaknya telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTk iaitu @muhammadanas_ariqin, dia meluahkan perasaan rindunya yang tidak tertahan terhadap anak-anaknya yang kini telah pun melupakannya.

Dia juga berhadap agar dipertemukan dengan anak-anaknya malah dia juga akui cuba melupakan mereka namun sebagai ayah, dia tak mampu sama sekali.

“dah tak mampu bertahan teramat rindu..kenapa anak-anak aku sanggup tinggal kan aku.. kenapa mereka sanggup lupakan aku..adik.. abah rindukan kau dik..” ujarnya.

Difahamkan, pakcik ini menghidap sakit jantung pada tahun 2014 dan koma selama 53 hari. Namun apabila dia sedar, isterinya minta untuk berpisah dan tdak mengizinkannya untuk bertemu dengan anak-anak.

Tidak cukup dengan itu, warga emas ini juga akui tidak tahu ingin mencari anaknya dimana ekoran nombor yang pakcik ini gunakan telah disekat oleh anaknya.

Mereka juga memberitahu bahawa mereka malu untuk berjumpa pakcik ini yang juga merupakan ayah mereka.

Video yang tular di laman TikTok:

@muhammadanas_ariqindah tak.mampu bertahan teramat rindu..

♬ Rembulan Malam – Decky Ryan

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 1 juta tontonan, 103.1K tanda suka, 7479 komen dan 4460 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat luahan pakcik tersebut dan dalam masa yang sama berang dengan sikap anaknya yang mengabaikan ayahnya.

Tidak cukup dengan itu, para netizen juga meluahkan rasa rindu terhadap ayah masing-masing terutamanya pada yang telah meninggal dunia bahkan warganet hairan mengapa anaknya sanggup melakukan perkara tersebut dan meminta anak kepada warga emas ini menghargainya selagi dia masih ada.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.