Bagi sesiapa yang membela kucing pasti sudah faham dengan perangai aneh kucing masing-masing. Malah, ada juga sesetengah kucing yang mempunyai perasaan seperti manusia, tahu merajuk dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi jika kita bawa ‘orang baru’ ke dalam rumah. Mereka auto tergugat dan mula berperangai aneh sehinggakan kadang-kala tak kering gusi kita dibuatnya melihat kerenah ‘anak bulus’ ini.
Seperti yang dikongsikan oleh Aribah Syafiqah di TikTok di mana kucing-kucingnya mula menunjukkan riak muka hairan setelah dia membawa pulang bayi yang baru dilahirkan ke rumah.
Bukan itu sahaja, video yang menarik perhatian ramai ini juga memaparkan salah seekor kucing ‘mummy’ ini mengintai ‘ahli baru’ itu dari jarak jauh dengan bertenggek di atas meja!
Walaupun kucing itu kelihatan seperti takut-takut untuk mendekati ‘adik’ barunya itu, namun mereka masih juga datang menghampiri untuk melihat permata hati tuan mereka walau di mana bayi itu berada.
Sejak video berdurasi 20 saat ini dimuat naik beberapa hari lalu, ianya berjaya menambat hati ramai dengan mencecah tontonan sehingga 3.8 juta serta meraih 526.8 ribu tanda suka!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat comel si bulus yang terpinga-pinga dengan kehadiran bayi di rumah. Malah ada yang sempat berseloroh mengatakan kucing itu keliru sama ada hendak berkawan atau bermusuhan dengan si bayi berkenaan.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok
“Alolo shayang , muka tu 🤣 Cedih yeh tiba ada adik 😅”
“kiyotttt! dia punya tenung tu macam betul ke ni 😳🤣”
“Okay dua dua comel, approved!! hahahahaha”
“dia confuse nak kawan ke nak musuh haha”
“Alahhh, ada orang baru ke dalam rumah ni 😏😅”
Video yang tular di laman TikTok