Connect with us

Semasa

“Kenapa tak lantik Anwar je..” Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M ‘Buka Jalan’ Muhyiddin Jadi PM ke-8

Mesti ramai yang terkejut dengan pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ramai yang menyangka, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menduduki jawatan itu susulan dakwaan adanya ‘perjanjian’ supaya beliau menjadi next PM. Teori ‘pakar strategi politik’ Tun M buka laluan kepada Tan Sri Muhyiddin […]

Minggu lepas kita dikejutkan dengan kemelut politik apabila Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pelbagai plot twist telah berlaku sehinggakan tiada siapa boleh mengagak siapa yang akan menjadi Perdana Menteri ke-8.

Ramai yang beranggapan sama ada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menduduki jawatan tersebut ataupun Tun Mahathir sendiri.

Walau bagaimanapun akhirnya persoalan terjawab apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Rentetan daripada isu tersebut, seorang pengguna Facebook dengan nama Amar Je telah berkongsi teorinya berkenaan isu ini.

Ini just pendapat aku tentang Tun dan permainan dia dalam politik PH.. Hanya tuhan, agong dan yg berkenaan je tahu rancangan tun mcm mana..yg berfikiran mcm aku je dpt paham.. Kita sama..

Kenapa Tun tak lantik Anwar lepas letak jawatan? Kenapa terus menghadap agong dan agong tentukan siapa PM ke-8?

Kenapa tun tak nak lantik anwar dan calonkan terus semasa perletakan jawatan pm? Padahal dia dah janjikan pada anwar untuk lantik menjadi pm ke 8?

Dan kenapa tun letak jawatan terus menghadap agong untuk agong tentukan sendiri pm ke 8? (dekat sini korang mesti dh pelik apa hint yang dia nk bgi taw kt rakyat? Apa yang dh berlaku)

Part Tun letakkan jawatan .. Automatik semua hilang jawatan sekelip mata.. Masing2 terpinga, masing2 paksa tun jadi pm balik masa ni..

Korg ada perasan? Bertapa goyangnya dorang bila hilang kuasa..

Selepas perletakan jawatan dia ada buat pengunguman khas dan permohonan maaf ketika sidang media berjalan dan cerita sebab² tertentu kenapa dia letak.. Korang cari video dia balik dan dgr betol2 apa dia sampaikn..

Dia sendiri kata tak dapat nak pilih dari orang2 dlm PH sendiri dan seolah dia tak percaya dekat orang2 dalam PH.. Dan dia ada cakap, dia dituduh kata gila kuasa dan tamak.. Now dia dh letak sendiri..

Tu ke namanya tamak?? Game part ni ramai terlupa dgn kata2 dia masa ni..Masing2 fikirkn kuasa.. 

Nama-nama yang di mintak oleh agong untuk di calonkan menjadi PM ke 8 semua nya tak layak..

Part seterusnya, dalam diam tak sedar nama2 yg di mintak oleh agong untuk di calonkn menjadi pm ke 8 semua nya tak layak..

Orang yang diam dan tenang yg dh awal2 tun rancang dgn agong tu la TSMY.. Time ni semua terkejut beruk melopong dan tak berpuas hati, kenapa agong lantik TSMY.. Dan mula lah drama sidang media Tun dan juga yg kne game beramai2 gila tamak kuasa ni meluahkan perasaan tidak puas ati dgn lantikan TSMY..

Tun pon kena lah berlakon depan dorang nak sedapkan hati yg kne game dgn Tun sendri nih.. Biar xnmpk sgt tun bersalah…Part last, tetiba dorang umum lambat pasal kerusi paling banyak dekat agong.. (sengaja tun lambat2 kn… Memang dia taw xakan menang sekali pon kalau di umum awal2 bape kerusi dapat..

Lepastu dorg yg kena game ni paksa tun ngadap agong semula, agong pulak dah keluarkan kenyataan taknak jumpa tun dah.. So dari sini dorang dh x bole buat ap lagi.. Bak kata orang “jalan mati” dh tak bole pusing n xbole buat gapo bohhh…

Pandai kn tun aturkn strategy permainan ni … Segala-galanya tun dh rancang awal dgn org2 yg terlibat..

Ramai yang tak teliti dan faham apa yg Tun cuba tunjuk dan katakan selama terlantiknya pm ke 8..ramai kata dia u-turn, nyanyok.. 

Di katanya tun gila kuasa..bila tun letak jawatan semua melopong ternganga.. Tapi yg paling kesiannya..

Ramai yg x teliti dan faham apa yg tun cuba tunjuk dan katakan selama terlantiknya pm ke 8..ramai kata dia u-turn, nyanyok..

Tu bila otai paling lama dlm politik dua kali naik jadi pm, segala hal politik latar belakng org2 yg dia kenal semua dalam poket seluar dia..

Ak taw, tun naik jadi pm ke 7 sbab nk perbetulkan balik kesilapan dia yg dahulunya pernah dia buat…n now dia dh cuba yg terbaik untuk satu padukan balik bangsa, agama dan hak bumiputra kepada rakyat sblom dia pergi..

Tun..ap yg dorg ckp jgn la kecik ati dan sedih.. Saya anggap tun dh berjaya kali ni dan tebus kesilapan tun yg dlu.. Terima kasih tun M…

Kaji dan fikir dari awal setiap rentak dan apa yg tun sampaikan tu.. Hadam.. Nnti korang akan paham..

Part tun dh setel.. Dia serahkan semua kuasa dan jawatan nya pada agong untuk diserah pada kerajaan baru dan pm baru supaya dapat tadbir negara, bela naseb bangsa agama dan amik peduli suara rakyat..

Part ni korang kena lah bersatu padu.. Kalau taknak kena tindas.. Jgn tamakkn kuasa dan leka..

dan dua ayat yg selalu tun cuitkan dekat kita “MELAYU MUDAH LUPA” dan “MELAYU PEMALAS” benda ni fakta, tun sengaja bagi kita panas.. Supaya kita berfikir dan rajin.. Come on guys..

Kaji dan fikir dari awal setiap rentak dan apa yg tun sampaikan tu.. Hadam.. Nnti korang akan paham..

Tapi syg, ad setengahnya gembira bila PM ke 8 TSMY naik.. Korg sorak gembira tapi dalam sorakan dan kemenangan tu korang selitkan dgn makian, hinaan ejekan dekat Tun.. Korang buta, Tun buat tu untuk kita semua.

Malah menurut Amar, dia percaya setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan tapi perkongsiannya ini adalah berdasarkan penilaiannya sendiri.

Pendapat kita berlainan.. Ini atas pemerhatian yg aku nilai kn.. Dan aku sedia di kecam .. Tpi yg penting lepasni kita bersatu untuk agama bangsa dan negara.. Kalau xnk ditindas seperti negara luar..

Setiap orang mempunyai hak untuk melontarkan pandangan masing-masing namun hanya tuan badan sahaja yang tahu kebenarannya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.