Seringkali kita lihat di media sosial dimana jika ada barang yang limited edition ataupun ‘rare’, sudah pasti harganya akan melambung naik.
Terdahulu pernah tular di media sosial dimana seorang individu dari Terengganu menawarkan sebah Yamaha RX-Z dengan harga mencecah RM70,000.
Terbaru, kecoh di media sosial dimana sebuah helmet yang didakwa dalam kategori rare iaitu SHOEI J Force2 berwarna kuning yang berjaya dijual dengan harga mencecah RM86,000.
Sudah pasti helmet tersebut mempunyai peminatnya yang tersendiri sehinggakan ada salah seorang wanita hadir ke kedai bagi mendapatkan model helmet tersebut.
Difahamkan, kedai yang popular dengan penjualan helmet ini mengumumkan penawaran helmet ini sedia ditawarkan di kedai mereka dengan harga asal sebanyak RM100,000 namun sebarang tawar menawar turut dibenarkan.
“Alhamdullillah rezeki malam nie .. terjual shoei Jforce2 jack kuning ..tq mackin @ekynrosny_.. mai tegok belek2 terus jadi.. SOLD RM86000.. yang ni bukan content murahan ya.”
Pun begitu, apa yang menjadi tanda tanya ramai adalah, mengapakah wanita berkenaan tidak membuat pembayaran secara online atau menggunakan kad debit sebaliknya menggunakan cash ketika pembelian helmet berkenaan.
Bagi netizen, melakukan kaedah pembayaran secara online ataupun kad debit jauh lebih selamat apatah lagi melibatkan traksaksi besar atau jumlah wang yang banyak.
Menjawab persoalan ramai, pihak kedai tampil memaklumkan transaksi dibuat secara rasmi di kedai di mana resit turut dikeluarkan serta turut dimasukkan dalam sistem.
Sekadar info, dikatakan pembeli helmet mencecah RM86,000 ini merupakan seorang founder produk kosmetik serta bertugas dalam menguruskan beberapa buah kantin.
Antara komen warga maya:
“Asal tak transfer je duit.. ni nanti masukkan juga dalam bank..”
“Zaman boleh pakai online transfer, tapi tetap nak beli guna cash..”
“Boleh jatuh bawah akta AMLA.. hati2 bro..”
Perkongsian yang tular di laman Facebook: